MR D.I.Y. tidak naikkan harga barang sehingga 31 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

MR D.I.Y. tidak naikkan harga barang sehingga 31 Mac 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Jan - MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) tidak akan menaikkan harga barang dan terus mengekalkan harga rendah di tiga buah jenamanya, MR D.I.Y., MR TOY dan MR DOLLAR sehingga 31 Mac 2022.

 

Di samping mengekalkan komitmen slogan 'Always Low Prices', peruncit turut komited dengan inisiatif 'Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama', sekali gus membantu rakyat Malaysia mendapatkan lebih penjimatan.

 

Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pandemik menjejaskan nilai rantaian pemasaran global, sekali gus menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat dengan signifikan ramai peniaga meletakkan kadar kos peningkatan tersebut ke atas pembeli dengan menaikkan harga pasaran. 

 

Jelasnya, MR D.I.Y nekad untuk memastikan harga barangan stabil agar para pembeli tidak turut terkesan.

 

“Kami memanfaatkan hubungan terus dengan kilang pengeluar, sistem logistik kami sedia ada serta keputusan data analitik untuk memastikan kami sentiasa memberikan terbaik pada kadar harga berpatutan dan mampu milik kepada para pelanggan.

 

"Sebanyak 886 buah cawangan di seluruh Malaysia serta saluran dalam talian e-dagang kami membantu memastikan mereka mendapat akses kepada barangan keperluan ini. Dengan komitmen tidak menaikkan harga barang, harapan kami dapat terus memberi kemudahan buat rakyat Malaysia tanpa merasa terbeban ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Goh berkata, MR D.I.Y sentiasa memastikan stok barangan di cawangan-cawangan mereka mencukupi berdasarkan keperluan pelanggan di setiap kawasan.

 

"Ini termasuk termasuk barangan keperluan sekolah, barangan pembersihan yang diperlukan mereka yang terkesan akibat bencana banjir, pelitup muka, pelindung muka dan cecair pembasmi kuman bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.

 

Pada November tahun lepas, MR D.I.Y melancarkan set ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan kerajaan untuk para pelanggan.

 

Para pelanggan boleh mendapatkan lebih 18,000 barangan keperluan harian dari cawangan MR D.I.Y seperti makanan, minuman, barangan keperluan rumah pada harga tetap RM2 atau RM5 di kedai MR DOLLAR dan permainan kanak-kanak dengan harga berpatutan di MR TOY.

 

Maklumat lanjut berkenaan dengan inisiatif 'Harga Dikunci: Harga Kami Tetap Sama' boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/305/MR.DIY-Group-Harga-Kami-Tetap-Sama-2022/. 

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan MR D.I.Y., sila layari www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my atau melalui Facebook dan Instagram. - DagangNews.com