MR TOY buka cawangan ke-50 di IOI City Mall, tawar diskaun sehingga 30% | DagangNews Skip to main content

MR TOY buka cawangan ke-50 di IOI City Mall, tawar diskaun sehingga 30%

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Dis -  MR TOY, anak syarikat MR DIY Group (MR DIY), mengumumkan pembukaan kedai terbaharunya di IOI City Mall, Putrajaya, menjadikan jumlah keseluruhan cawangannya di negara ini kepada 50. 

 

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y Group, Andy Chin berkata, bagi meraikan pembukaan cawangan ke-50 tersebut,  kesemua 50 kedai  MR. TOY di seluruh negara akan menjalankan promosi menarik sepanjang bulan ini dengan menawarkan diskaun sehingga 30% untuk produk terpilih.

"Membawa keceriaan kepada kanak-kanak dan ibu bapa melalui permainan dengan berpatutan dan berkualiti adalah matlamat kami.

 

 “Motto jenama MR TOY - 'Sentiasa Harga Rendah, Sentiasa Seronok' mencerminkan matlamat kami untuk membantu ibu bapa memberi lebih nilai kepada wang mereka.

 

"Kami mahu menyediakan ibu bapa, kanak-kanak dan peminat mainan Malaysia dengan akses mudah kepada mainan pendidikan yang selamat dan menyeronokkan, tanpa membebankan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Dilancarkan pada 2019, MR. TOY merupakan rangkaian kedai mainan buatan tempatan yang pertama di negara ini. 

 

Jenama itu kini menawarkan pelbagai jenis mainan berkualiti dalam 9 kategori — Kenderaan & Alat Kawalan Jauh; Kostum; Kraf & Aktiviti; Sukan & Permainan Luar; Aksi & Pengembaraan; Set & Blok Bangunan; Pembelajaran, Keseronokan & Permainan; Bekalan Parti; dan Bayi & Anak Patung - semuanya pada harga yang rendah dan berbaloi untuk wang. 

 

"Untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan kami, kami turut melancarkan produk keluaran MR. TOY di laman web e-dagang, https://www.mrdiy.com.my mulai November 2021," katanya. 

 

Sempena pembukaan besar kedai baru di IOI City Mall, Putrajaya, MR. TOY menawarkan acara pembukaan besar-besaran yang menarik pada 10 – 12 Disember 2021, di mana peruncit menawarkan diskaun 30% untuk produk terpilih di seluruh kedai, serta hadiah percuma dengan pembelian. -DagangNews.com