Skip to main content

MYFutureJobs: Majikan tawar 7,504 kekosongan jawatan

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sebanyak 7,504 kekosongan jawatan dibuka dan ditawarkan oleh majikan melalui portal MYFutureJobs semalam.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, kebanyakan kekosongan jawatan tersebut ditawarkan di Selangor iaitu sebanyak 3,696 kekosongan.

 

"Kebanyakan jawatan kosong tersebut ditawarkan di Selangor iaitu 3,696, diikuti Sarawak sebanyak 1,112 dan Negeri Sembilan dengan 855 kekosongan jawatan.   

 

"Sementara itu, bilangan  individu yang kehilangan pekerjaan hari ini adalah seramai 356 orang.

 

"Manakala, mereka yang berjaya mendapat pekerjaan melalui portal MYFutureJobs pula meningkat kepada 300 orang berbanding 206 orang, semalam (Selasa)," jelas Perkeso dalam info pasaran buruh semasa MYFutureJobs yang dikeluarkan semalam.

 

Selain Selangor, Sarawak dan Negeri Sembilan yang mencatatkan kekosongan jawatan tertinggi, negeri-negeri lain turut menawarkan kekosongan jawatan iaitu Kuala Lumpur (780), Terengganu (314), Melaka (140), Perak dan Pulau Pinang (139) dan lain-lain negeri lagi.

 

 

Jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut negeri;

 

.

 

Dalam info pasaran buruh sama, Perkeso memberitahu, sebanyak 58,488 jumlah keseluruhan kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui portal tersebut. 

 

"Sekiranya anda sedang mencari pekerjaan dalam tempoh PKP ini, layari pautan https://www.myfuturejobs.gov.my

 

"Lebih  262,086 jawatan kosong aktif menanti anda. Mohon pekerjaan sekarang melalui portal MYFutureJobs!," ujar Perkeso lagi. - DagangNews.com