myTukar, PolicyStreet.com tawar insurans bagi kenderaan pra-milik | DagangNews Skip to main content

myTukar, PolicyStreet.com tawar insurans bagi kenderaan pra-milik

KUALA LUMPUR 11 Jun – Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan terpakai dalam talian di Malaysia,i menjadi pelopor industri menerusi kolaborasi bersama PolicyStreet.com, milik Polisea Sdn Bhd, sebuah syarikat Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekuti myTukar, Fong Hon Sum berkata, PolicyStreet.com diwujudkan berdasarkan keperluan perubahan terhadap industri insurans tradisional yang sudah berusia seabad lamanya, dan bertujuan untuk mendemokrasikan insurans dengan menjadikannya lebih ringkas, mudah dan berpatutan – selari dengan misi myTukar dalam menjadikan pembelian dan penjualan kenderaan pra-milik yang lebih ringkas, memudahkan, cekap dan telus.

 

Menerusi kerjasama ini, pelanggan myTukar kini boleh menerima sebut harga dengan segera daripada penyedia utama insurans menerusi satu platform sahaja, iaitu www.myTukar.com. Perkhidmatan ini turut menyokong pembelian insurans untuk kereta baharu serta pembaharuan polisi insurans.

 

myTukar kini merupakan rakan kepada PolicyStreet.com dan satu daripada platform penjualan kenderaan dalam talian yang pertama menyediakan insurans daripada pelbagai syarikat penyedia.

 

Proses untuk mendapatkan insurans kini lebih mudah dan menyenangkan di dalam satu platform dalam talian di mana pelanggan boleh mendapatkan beberapa sebut harga dalam masa beberapa minit dengan hanya satu sentuhan butang. Setelah itu, pelanggan boleh memilih polisi yang bersesuaian.

 

CEO PolicyStreet.com, Lee Yen Ming berkata, pihaknya menjadikannya lebih mudah, senang dan berpatutan dan berharap agar dapat mempertingkatkan cara ini dengan menawarkan lebih banyak penyelesaian insurans pada masa terdekat.

 

Pelanggan myTukar kini boleh mendapatkan akses kepada insurans yang terbaik dan paling sesuai untuk mereka dengan tiga langkah mudah: 

  1. Masukkan butiran – masukkan butiran kenderaan dan jana sebut harga segera
  2. Banding harga terbaik – banding dan dapatkan sebut harga yang terbaik daripada senarai penyedia insurans.
  3. Buat pembayaran – Isi maklumat peribadi dengan tambahan maklumat sekiranya ada dan terus membuat pembayaran.

 

Sesetengah daripada penyedia insurans yang sudah pun menyertai myTukar menerusi PolicyStreet.com termasuklah Allianz General Insurance Company Berhad, AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Pacific and Orient Insurance Co. Berhad, RHB Insurance Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.

 

Senarai ini tidak menyeluruh memandangkan lebih banyak penyedia insurans sedang di dalam proses untuk menyertai myTukar dalam masa terdekat. Kesemua penyedia insurans ini menawarkan tambahan kepada perlindungan asas serta nilai yang dipersetujui. - DagangNews.com