NetApp lancar penyelesaian data digital berkonsepkan awan | DagangNews Skip to main content

NetApp lancar penyelesaian data digital berkonsepkan awan

NetApp

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Syarikat perisian data digital global, NetApp melancarkan penyelesaian terbaharu penyimpanan awan dan perkhidmatan data hibrid autonomous baharu serta penyelesaian desktop maya berasaskan awan.

Penyelesaian baharu itu berkonsepkan penyimpanan awan dan perkhidmatan data hibrid autinomi tanpa server dan storan untuk kontena dari Spot NetApp.

Ketua Pegawai Eksekutif NetApp, George Kurian berkata, keupayaan baharu NetApp itu dapat membantu mempermudah dan mengoptimumkan pengurusan multicloud untuk prestasi tertinggi dengan kos yang lebih rendah.

"Untuk meneruskan persekitaran norma baharu, transformasi digital telah menjadi satu keperluan perniagaan.

"Bagi menjayakannya, perniagaan perlu mengoptimumkan seni bina IT multicloud hibrid mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembaharuan itu juga memberikan capaian data awan dan penyelesaian di tempat kerja yang komprehensif merentasi persekitaran awan hibrid.

 

Antara ciri-ciri dan keupayaan baharu NetApp termasuk;

 

Penyelesaian tanpa server dan ruangan storan yang canggih untuk kontena.

  • Spot Storage digabungkan bersama Spot Ocean untuk memudahkan organisasi bagi membina, menyebar dan menjalankan aplikasi berdasarkan perkhidmatan mikro yang lebih efektif di Kubernetes tanpa perlu menguruskan penyimpanan dan data.


 

Perkhidmatan penyimpanan dan data autonomous baharu tersedia melalui NetApp® Cloud Manager.

  • Perkhidmatan ini menawarkan kawalan penuh di seluruh persekitaran hibrid yang menjimatkan hingga 90% pengkoputeran dan penyimpanan.

 

Perkhidmatan Pengurusan Dekstop Maya NetApp (VDMS) berasaskan awan direka dengan infrastruktur dekstop maya awan hibrid (VDI).

  • Penyelesaian ini membantu organisasi meningkatkan sumber infrastruktur sekali gus mengurangkan kos hingga 50%. - DagangNews.com