Skip to main content

New Balance tampil dengan koleksi istimewa bersempena Tahun Baharu Cina

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Jan - Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, New Balance tampil dengan koleksi istimewa yang menyerlahkan semangat harimau menerusi model popular 57/40 dan 327 serta rekaan XC-72.

 

Koleksi 327 itu didatangkan dalam warna hitam dan perang yang dihiasi tona merah yang melambangkan keberanian serta kecekalan dan ia dijual pada harga  RM499 sepasang,

 

Sementara koleksi 57/40 boleh didapati dengan warna biru gelap dihiasi tona merah jambu serta hijau yang melambangkan ketelitian dengan harga jualan RM519. 

 

"Bagi koleksi XC-72, rekaannya menggabungkan keindahan elemen hutan belantara melalui padanan warna tanah dan belang harimau bagi memboleh pemakainya tampil bersemangat dan berani. 

 

"Koleksi itu turut menampilkan bahan ‘retro suede’ yang lembut untuk menampakkan tekstur organik dan ia dijual pada harga RM539 sepasang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Keleksi terbaharu New Balance itu boleh didapati secara eksklusif di tiga rangkaian utamanya di Pavilion, Kuala Lumpur; Mid Valley Megamall dan Mid Valley Southkey.

 

NB

 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini daripada New Balance, ikuti Instagram dan Facebook New Balance. - DagangNews.com