NFTapir sasar 100 penyertaan artis tempatan sertai gerakan PHYGITAL NFT pertama di Malaysia | DagangNews Skip to main content

NFTapir sasar 100 penyertaan artis tempatan sertai gerakan PHYGITAL NFT pertama di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Pasaran NFT (non-fungible token) dalam talian, NFTapir (nftapir.com) bercadang untuk menarik penyertaan seramai 100 artis tempatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang. 

 

Inisiatif ini bakal dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan ringkas bagi memastikan proses penyertaan cepat dan mudah supaya artis boleh mendigitalkan karya mereka tanpa perlu berdepan dengan sebarang kerumitan yang dihadapi dengan mana-mana transaksi kripto biasa. 

 

Ia akan menarik lagi minat artis kontemporari yang sebelum ini teragak-agak untuk memasuki alam digital kerana menganggap ruangan NFT terlalu kompleks.

 

Selain itu, ia membolehkan karya seni fizikal dimasukkan ke dalam ruangan NFT, menjadikannya sebagai pasaran NFT terpilih pertama di Malaysia dengan sokongan karya seni fizikal menggunakan kerangka ‘PHYGITAL’. 

 

Ia tidak kira apa jenis medium yang artis itu gunakan, hampir semua karya seni boleh didigitalkan dan disenaraikan sebagai NFT. 

 

Terdapat beberapa karya PHYGITAL telah pun dicetak ke dalam galeri nftapir.com oleh artis terawal mengambil bahagian yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. 

 

Laman sesawang itu menjadi pelengkap kepada keseluruhan ekosistem seni dan budaya dengan menyatukan artis-artis tempatan dengan para pengumpul/pembeli global melalui satu platform, menggunakan pendekatan mengutamakan digital yang dibina dengan daya ketahanan, bagi menyediakan sebuah gerbang untuk komuniti seni tempatan memasarkan karya mereka di luar Malaysia.

 

Pengasas Bersama nftapir.com, Zang Tan berkata, dunia seni sedang melalui zaman pembaharuan di mana artis yang bersedia untuk menerima digitalisasi dan mempamerkan karya seni mereka di dalam talian memperolehi pendapatan lebih tinggi berbanding apa yang pernah mereka perolehi.

 

 

nft

 

 

“Kami gembira kerana dapat memperkasakan artis tempatan dalam perjalanan mereka ke dalam metaverse dan matlamat kami ialah untuk memudahkan perjalanan NFT bagi membolehkan artis dan para pengumpul berdagang karya seni dengan pengetahuan yang minimum mengenai teknologi blockchain. 

 

"Inisiatif ini seterusnya akan membuka peluang baru untuk artis terus mempamerkan karya seni mereka secara digital tanpa mengira sekatan pergerakan yang menghalang artis dan para pengumpul daripada berdagang secara fizikal di galeri-galeri di sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Platform NFTapir juga dianggap sebagai unik atas sebab-sebab yang lain:

1.    Membolehkan hanya artis terpilih sahaja mencetak karya mereka dan menikmati pengalaman tanpa gas-fee sebenar berbanding lazy minting.

2.    Artis tidak perlu membayar untuk mempamerkan karya mereka kerana mereka menikmati akses tanpa gas-fee. Caj tersebut ditaja oleh NFTapir.

3.    Artis mempunyai lebih kawalan dan kuasa ke atas NFT mereka sendiri yang memastikan setiap karya didaftarkan dengan betul bagi melindungi nilai dan rekod pemilikan karya tersebut.

4.    Gas-fee yang sangat rendah untuk para pengumpul kerana platform ini dikuasakan oleh Polygon.

5.    Transaksi token stablecoin bagi memelihara nilai seni dengan lebih baik ekoran ketidaktentuan pasaran yang tinggi.

 

Zang Tan berkata, matlamat mereka untuk mencetuskan gerakan yang bermanfaat untuk komuniti seni Malaysia dengan meningkatkan kehadiran digitalnya. 

 

"Kami yakin bahawa penawaran koleksi yang meluas secara digital akan menarik minat serta perhatian pengumpul tempatan dan antarabangsa yang menghargai keunikan budaya dan warisan Malaysia. Platform kami adalah untuk semua dan kami turut mengalu-alukan Artis Digital berpengalaman untuk menjadi sebahagian daripada gerakan kami," katanya. - DagangNews.com