NGO kemuka petisyen pengampunan Najib Razak kepada Agong | DagangNews Skip to main content

NGO kemuka petisyen pengampunan Najib Razak kepada Agong

Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Petisyen pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

 

Petisyen yang dihantar itu bertujuan agar Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan terhadap Najib atas sabitan kes mahkamah sebelum ini dan yang sedang berjalan, menurut laporan Malaysiakini.

 

Pengerusi Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata, usaha tersebut dibuat sebagai peluang untuk menyelamatkan Malaysia.

 

Menurut beliau juga, perkara itu dibuat bagi membolehkan Najib memegang semula jawatan Perdana Menteri.

 

"Najib adalah salah seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang.

 

“Ini peluang untuk selamatkan Malaysia.

 

"Selain dipercayai oleh Seri Paduka, Najib juga mempunyai pengalaman memimpin negara. Najib secara konsisten memberikan nasihat kepada kerajaan bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat," jelas beliau seperti dilapor Malaysiakini.

 

Pada 7 Julai lalu, Najib didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta daripada syarikat kerajaan SRC International Sdn Bhd.

 

Najib merayu terhadap sabitan itu di Mahkamah Persekutuan.

 

Najib juga berdepan perbicaraan lain melibatkan dana 1MDB Bhd, pertuduhan meminda laporan audit berkaitan 1MDB selain tuntutan cukai RM1.69 billion daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). - DagangNews.com