Skip to main content

Nikmati pesona Venice di nadi The Mines bagi merayakan Krismas

 

KUALA LUMPUR 27 Nov  Dengan Disember semakin dekat, ia hanya bermakna satu perkara – perayaan Krismas sudah menjelang! Banyak pusat beli-belah sudah mula mempamerkan hiasan sambutan Krismas tetapi tahun ini, The Mines di Seri Kembangan dekat sini, menambah satu elemen baharu kepada hiasan indah mereka.

 

Bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022, luangkan masa menikmati terusan air ibarat di Venice di The Mines dengan pelayaran direka khas bersempena perayaan Krismas.

 

Lebih dikenali dengan terusan sepanjang 85 meternya, raikan perayaan akhir tahun dengan kelainan di The Mines menerusi pelayaran 20 minit di sekitar Tasik Selatan dan nikmati keindahan sekeliling bersama keluarga dan orang tercinta.

 

Dengan terusan dimeriahkan dengan aktiviti runcit yang akan menyemarakkan suasana perayaan, pengunjung juga akan mengalu-alukan detik-detik percutian bertema ‘’Krismas Bersinar Menyeronokkan’’ dalam kempen selama sebulan di The Mines.

 

Tinjaulah paparan bertema insta-worthy atau uji kemahiran anda dengan mesin magis dan berpeluang memenangi STARVouchers bernilai RM500!

 

Terdapat juga hadiah premium eksklusif terhad untuk ditebus dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200. Pengunjung bertuah yang berbelanja minimum RM150 juga berpeluang memenangi STARVoucher.

 

Pengurus Besar, Pengurusan Pusat Beli-Belah, CapitaLand Investment (Malaysia), Alicia Yuen berkata, setiap tahun, The Mines berubah menjadi destinasi perayaan penuh magis semasa Krismas bagi membawa keseronokan dan keterujaan kepada pengunjung, peruncit dan komuniti.

 

''Tahun ini, kami mahu membawakan keunikan The Mines sebagai satu-satunya pusat beli-belah di Malaysia yang cukup dikenali dengan terus air menyerupai Venice dan tiada yang terbaik untuk melakukannya selain menikmati musim perayaan ini dengan pelayaran unik Krismas yang memukau di The Mines ini.

 

''Pengunjung akan menerima ganjaran apabila melawat The Mines semasa kempen Krismas kami dengan hadiah bernilai lebih RM15,000 untuk dimenangi,’’ kata beliau pada majlis pelancaran tarikan tersebut di The Mines pada Jumaat, yang dihadiri Pengurus Komunikasi Korporat Tourism Selangor, Ahmad Nazri Tashriq Rahmat.

 

mines
 Alicia Yuen bersama Ahmad Nazri Tashriq Rahmat melancarkan tarikan The Mines’ A Joyous Sparkling Christmas pada 26 November 2021.

 

Dengan begitu banyak penawaran baharu yang menarik, promosi istimewa dan penebusan eksklusif direka khusus untuk anda, para pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli CapitaStar bagi meraih lebih banyak ganjaran apabila berbeli-belah di The Mines atau pusat beli-belah CapitaLand yang lain.

 

Terdapat tawaran eksklusif eDeals, ganjaran-ganjaran, barangan eksklusif dan sebagainya menanti ahli CapitaStar. Ahli-ahli juga akan memperoleh jemputan eksklusif ke acara dan promosi yang dikhaskan untuk ahli sahaja.

 

Untuk keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, pekedai, pelanggan dan kakitangan, langkah-langkah keselamatan seiring dengan garis panduan pihak berkuasa berkaitan terus dilaksanakan di The Mines.

 

Waktu operasi pusat beli-belah ialah 10 pagi hingga 10 malam setiap hari manakala operasi pelayaran bot ialah 10 pagi hingga 10 malam, bergantung kepada kesesuaian cuaca.

 

Program The Mines’ “A Joyous Christmas Sparkling Campaign” adalah seperti berikut:

 

“Perarakan Cahaya” Pengalaman Krismas Segar Memukau

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 1 Mines Cruise

Nikmati persekitaran perayaan mistik dikeliling cahaya berkilauan di dalam pelayaran bertema Krismas kami.

 

Magical Christmas Claw

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 3 Centre Court

Menangi hadiah menarik dari Claw Machines kami yang menawarkan STARVouchers bernilai RM500!

Mulakan penebusan token percuma mesin dari Kaunter Maklumat kami hari ini! Terhad kepada penebusan 2 token seorang sehari, sementara stok masih ada.

 

Penebusan Eksklusif

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ Level 3 Kaunter Maklumat

Tebus Tuala Krismas dengan perbelanjaan minimum RM200 (di dalam 2 resit) atau Lilin Aromaterapi Pokok Krismas dengan perbelanjaan minimum RM350 (di dalam 3 resit). Terhad kepada 2 penebusan seorang, sementara stok masih ada.

 

Anugerah Pelanggan Bertuah

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ CapitaStar App

Imbas dan muat rutun resit dengan minimum perbelanjaan RM150 menerusi CapitaStar App bagi mendapatkan 1 penyertaan. Sejumlah RM10,000 nilai STARVoucher untuk dimenangi!

 

Beli 1 Percuma 1 F&B

26 Nov’21 – 2 Jan’22 @ CapitaStar App

Tebus dengan hanya 30 STAR$. Terhad kepada 1 penebusan setiap satu ahli sehari.

 

Kuiz Krismas 12 Hari

14 – 25 Dis’ 21 @ The Mines Facebook

Uji pengetahuan anda mengenai fakta menarik perayaan untuk memenangi lebih banyak STAR$ dari kami!

 

 

Terletak strategik di selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu di pusat bandar Seri Kembangan, The Mines adalah pusat beli-belah keluarga di pinggiran bandar yang menawarkan pengalaman membeli-belah gaya hidup untuk komuniti di wilayah selatan Selangor.

 

Dikenali ramai dengan terusan air menyerupai Venice, The Mines menawarkan pilihan luas kedai runcit, makanan dan minuman, peralatan rumah, dan pilihan pendidikan-hiburan keluarga. - DagangNews.com