Nombor pendaftaran kenderaan UG dibuka untuk bidaan bermula 1 Julai 2022 | DagangNews Skip to main content

Nombor pendaftaran kenderaan UG dibuka untuk bidaan bermula 1 Julai 2022

Siri nombor pendaftaran kenderaan UG merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni UPSI sempena sambutan 100 tahun penubuhannya.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jun - Siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’ yang dilancarkan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 24 Mei 2022 dibuka untuk bidaan orang ramai bermula 1 Julai 2022. 

 

Naib Canselor UPSI merangkap Ahli Lembaga Pengarah UPSI Holding Sdn Bhd. (UHSB), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk membantu penjanaan kewangan universiti menerusi pelaksanaan anak syarikat, UHHB dengan kerjasama syarikat tempatan Aquatwo Sdn Bhd.

 

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang mereka minat dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my yang dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai 2022.

 

"Borang bidaan perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak," katanya dalam satu kenyataan.

 

Sementara itu, Pengurus Besar UHSB, Prof Madya Dr. Ramlee Ismail pula berkata, siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud 'Universiti Guru' merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni institusi pendidikan terulung itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November 2022.

 

“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM3 juta,” katanya.

 

 

upsi
Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

 

 

Terdahulu, UPSI mengadakan majlis menandatangani kerjasama dengan Aquatwo Sdn Bhd yang akan menjadi rakan strategik pengurusan pembidaan siri no pendaftaran kenderaan. 

 

 

upsi
Prof Madya Dr. Ramlee Ismail

 

 

upsi

 

 

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UHSB, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd, Datuk Muhammad Muqarrabin Mokhtarudin; Timbalan Naib Canselor UPSI Prof Dr Marzita Puteh; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Prof Madya Dr Norkhalid Salimin; Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril. - DagangNews.com