KUALA LUMPUR 3 Okt - Nuren Group meraikan lebih 100 jenama pada Motherhood Choice Awards (MCA) 2022, satu majlis anugerah yang ditubuhkan untuk mengiktiraf jenama-jenama bayi dan ibu yang paling selamat dan inovatif di pasaran Malaysia.
Selepas setahun berehat pada 2020, MCA tahun ini menandakan edisi ketiga anugerah berprestij itu dalam meraikan kemunculan semula anugerah yang dinanti-nantikan selepas pandemik dan sebagai prospek lebih teguh untuk Motherhood bagi tahun akan datang.
Meraikan kecemerlangan dan inovasi kreatif jenama-jenama yang menyumbang dan berjaya menambat hati para wanita dalam perjalanan keibuan mereka, anugerah tahun ini menunjukkan pencalonan yang membanggakan dalam pelbagai kategori daripada Kehamilan kepada Bayi Baru Lahir, kepada Anak Kecil dan Keluarga, dan banyak lagi.
Melalui tempoh pengundian selama 4 bulan dari 1 Mei hingga 16 September 2022, calon-calon dan para pemenang tahun ini dipilih lebih 5,000 ibu di seluruh negara yang mengundi jenama pilihan mereka yang paling digemari dan dipercayai.
Dengan lebih 130,000 undian daripada ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam tempoh mengundi, tetamu acara MCA 2022 telah menyaksikan Manulife Malaysia, Clearblue, Bio-Oil, Ayam Brand, BZU BZU, Anmum Materna, Anmum Essential, Vitagen, CryoCord, Tommee Tippee, Byond28 Confinement Care, Baby Carrie, Carrie Junior, Bubs Easy-Digest Goat formula milk, Babylove, Tanamera, Sunway Pyramid dan Dr Aizul Hafizi Healthcare muncul sebagai jenama yang berjaya menambat hati para ibu dengan produk dan servis mereka yang inovatif serta menakjubkan buat para ibu dan komuniti keibubapaan.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, Petrina Goh berkata, beliau amat berbangga dengan pemenang tahun ini termasuklah jenama-jenama yang telah dicalonkan.
"Perjalanan keibuan atau keibubapaan memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi dan perkara ini bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Jenama-jenama ini telah memberikan dedikasi yang tinggi untuk menghasilkan produk dan penyelesaian yang sangat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia.
"Namun, mereka tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya. Oleh itu, majlis ini meraikan dan mengiktiraf adiwira tanpa nama yang banyak membantu dalam kehidupan seharian ibu-ibu. Tahniah diucapkan kepada semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain memberi penghormatan kepada pemenang jenama-jenama terbaik dalam majlis anugerah itu, MCA 2022 juga mengambil peluang untuk memberikan penghargaan kepada Pempengaruh Supermum daripada Ibuencer.com.
Seramai 25 Pempengaruh Supermum yang hebat dan anggun termasuk Wandoncha, Suki Kiew, Amira Ahmad, Cherish Ling turut diberi penghormatan semasa majlis tersebut. - DagangNews.com