Panggilan Untuk Kerjasama MCMC bagi projek kitar semula peranti | DagangNews Skip to main content

Panggilan Untuk Kerjasama MCMC bagi projek kitar semula peranti


CYBERJAYA 20 Sept - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan Panggilan Untuk Kerjasama (CFC) kepada syarikat-syarikat yang berminat, supaya menghantar kertas cadangan bagi Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR.

 

Menurut suruhanjaya tersebut, projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste).

 

Menurutnya, CFC ini meliputi beberapa skop projek iaitu logistik, operasi kitar semula, dan platform penjejakan.

 

''Mana-mana syarikat yang berminat boleh menghantar kertas cadangan bagi salah satu, dua, ataupun bagi ketigatiga skop tersebut.

 

''Justeru, para pemohon perlu memastikan bahawa kertas cadangan yang dihantar oleh mereka memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan dalam dokumen panggilan kolaborasi tersebut,'' kata MCMC dalam kenyataan di sini hari ini.

 

MCMC berkata, bagi yang berminat, pemohon boleh menghantar kertas cadangan mereka dengan mengisi borang yang disediakan menerusi pautan ini beserta dokumen-dokumen yang berkaitan, selewat-lewatnya pada 27 September 2021 ini. Semua cadangan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh MCMC.

 

Sehubungan itu, MCMC berharap kerjasama tersebut dapat memupuk semangat kitar semula khususnya mobile e-waste memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan. - DagangNews.com