Pasaran sarung tangan lonjak Bursa ke paras tertinggi  | DagangNews Skip to main content

Pasaran sarung tangan lonjak Bursa ke paras tertinggi 

top glove

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tumpuan pelabur terhadap saham sarung tangan getah telah melonjak jumlah Bursa Malaysia ke paras tertinggi, sekali gus menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pasaran global lain. 

Pada tahun ini, Bursa Malaysia melonjak sehingga 59%, melepasi keuntungan 43% oleh Hong Kong Exchanges & Clearing Ltd yang merupakan pasaran terbesar dunia berdasarkan nilai pasaran. 

Bloomberg melaporkan, Bursa Malaysia naik sebanyak 0.4% setakat jam 9.06 pagi, waktu tempatan.

Dalam pada itu, negara lain turut menunjukkan trend sama susulan pelabur tertumpu ke arah saham Asia Tenggara untuk mengumpulkan saham-saham yang lemah selepas penularan COVID-19.

Perhimpunan pembuat sarung tangan juga mendorong pembelian saham, menjadikan jumlah dagangan keseluruhan mencecah 12.5 bilion pada Isnin lalu. 

“Penyertaan runcit terus meningkat tinggi dan momentum belian bersih mereka tidak berkurang," kata penganalisis Hong Leong Investment Bank Bhd, Jeremy Goh seperti dipetik Bloomberg.

Bursa Malaysia juga dijangka mencecah keuntungan RM80 juta pada suku kedua dengan purata jumlah dagangan harian melonjak sebanyak 86% bagi tempoh sama.

Sebilangan besar pasaran di Malaysia telah dibantu oleh lonjakan saham sarung tangan.

Sehubungan itu, Goh telah meningkatkan anggaran pendapatan Bursa Malaysia bagi tahun ini kepada 10% menjelang keputusan syarikat yang dijadualkan pada akhir bulan Julai.

Goh menjangkakan Bursa Malaysia juga mencatatkan keuntungan suku tahunan. - DagangNews.com