Skip to main content

Password `123456' masih ramai gunakan, Google saran tolonglah tukar

Sempena Hari Kata Laluan Sedunia 5 Mei setiap tahun, mari mulakan dengan langkah mudah untuk anda dan keluarga anda.
Oleh Google Malaysia

TAHUKAH anda apa kata laluan yang paling biasa digunakan pada tahun 2021? Ia adalah "123456". 

 

Itulah sebabnya, sejajar dengan Hari Kata Laluan Sedunia yang berlangsung pada setiap 5 Mei, Google ingin menggalakkan orang ramai untuk mengambil masa beberapa minit menggunakan Pengurus Kata Laluan Google untuk mencipta dan mengurus kata laluan yang lebih selamat.

 

Di Malaysia, carian untuk Pengurus Kata Laluan telah meningkat lebih 400% dari tahun ke tahun. Ia sangat membanggakan untuk melihat rakyat Malaysia kini lebih peka tentang perlindungan kata laluan, dan atas sebab yang kukuh: mencipta kata laluan unik dan mengingati kesemuanya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.

 

Berikut adalah beberapa aliran carian tahun ke tahun berkaitan perlindungan kata laluan yang kami dapati di Malaysia:

  • Semakan Kata Laluan: meningkat sebanyak +10%

  • Verifikasi 2 langkah: meningkat sebanyak +60%

  • Pelanggaran data: meningkat sebanyak +10%

 

Dengan kepekaan yang semakin meningkat terhadap perlindungan kata laluan, lihat catatan blog kami yang terbaharu di bawah tentang petua untuk memastikan kata laluan dan akaun dalam talian anda selamat.

 

Petua untuk memastikan kata laluan dan akaun dalam talian anda selamat

 

Bilakah kali terakhir anda melakukan Semakan Kata Laluan anda?

 

Ini adalah peringatan mesra untuk anda melakukannya hari ini dan di samping itu juga, berikut ialah 10 petua untuk mencipta dan melindungi kata laluan dan akaun dalam talian anda.

google

 

10 petua untuk mencipta dan melindungi kata laluan & akaun dalam talian anda: 

 

  1. Cipta kata laluan unik dan jangan gunakan semula kata laluan merentasi laman web. Menggunakan semula kata laluan untuk akaun penting adalah berisiko. Jika seseorang telah mendapat kata laluan anda untuk satu akaun, mereka boleh mengakses e-mel, akaun bank dan butiran peribadi lain tentang anda.

 

  1. Cipta kata laluan anda sekurang-kurangnya 12 aksara panjang. Kata laluan yang panjang adalah lebih kuat.

 

  1. Gunakan gabungan aksara. Kata laluan yang kuat akan mengandungi gabungan huruf (huruf kecil dan besar), nombor dan simbol.

 

  1. Jadilah kreatif. Jangan gunakan maklumat peribadi atau maklumat yang orang lain mungkin tahu atau senang diketahui semasa mencipta kata laluan.

 

  1. Setelah anda mencipta kata laluan anda, rahsiakannya, hanya untuk diri anda sahaja.

 

  1. Gunakan alat pengurus kata laluan untuk membantu mencipta, mengingati dan mengurus semua kata laluan anda yang disimpan.

 

  1. Kemas kini kata laluan lalai anda dengan kerap.

 

  1. Jalankan semakan kata laluan.

 

  1. Sediakan maklumat pemulihan, yang membantu anda masuk semula ke akaun anda sekiranya seseorang mendapat kata laluan anda.

 

  1. Dapatkan perlindungan tambahan dengan menggunakan pengesahan 2 langkah (2SV).

 

Kami faham bahawa kadangkala sukar untuk mencipta kata laluan unik dan mengingati semua kata laluan tersebut, dan mungkin itulah sebabnya carian untuk Pengurus Kata Laluan telah meningkat lebih daripada 400% tahun ke tahun di Malaysia.

 

Pengurus Kata Laluan Google membantu anda mencipta kata laluan yang kukuh dengan mudah, menyimpan dan menguruskannya, dan memastikan ia selamat dengan pemeriksaan yang kerap.
 

google

 

Berikut adalah 5 cara bagaimana Pengurus Kata Laluan Google menjadikan log masuk dengan kata laluan lebih selamat:

 

  1. Ia memudahkan anda untuk menjana kata laluan yang kukuh dan unik untuk semua akaun dalam talian anda apabila anda menggunakan penyemak imbas Chrome, pada Android ataupun iOS.

 

  1. Ia membantu mengingati semua kata laluan anda yang disimpan. Anda hanya perlu mengingati kata laluan akaun Google anda dan biarkan Pengurus Kata Laluan Google menguruskan yang lain. Ia akan mengisi secara automatik kata laluan selamat anda setiap kali anda melawat tapak atau log masuk dengan akaun Google anda.

 

  1. Google menyemak 1 bilion kata laluan untuk pelanggaran, setiap hari. Pengurus Kata Laluan Google akan memberitahu anda dalam masa nyata tentang kata laluan yang tidak selamat atau dicuri dan membantu anda membetulkannya dalam satu ketikan.

    Jika anda mendapat makluman daripada Chrome yang mengatakan bahawa gabungan kata laluan dan nama pengguna yang anda gunakan telah diterbitkan di Internet akibat kebocoran data pada tapak web atau apl pihak ketiga, anda hanya perlu mengetik "Semak kata laluan" dan ikuti gesaan untuk menukar kata laluan anda bagi setiap tapak yang terjejas.

 

  1. Menggunakan pengurus kata laluan boleh membantu mengurangkan kerumitan mengingati, menetapkan semula atau berasa bimbang tentang kata laluan.

    Selalunya, anda boleh menjalankan Semakan Kata Laluan (passwords.google.com) pada bila-bila masa untuk mengetahui jika mana-mana kata laluan anda telah terjejas dalam pelanggaran pihak ketiga; digunakan semula merentasi tapak yang berbeza; atau perlu diperkukuhkan.

    Anda boleh mengemas kini mana-mana akaun yang lemah atau terjejas dengan cepat dengan kata laluan yang lebih kukuh menggunakan Pengurus Kata Laluan Google.

 

  1. Satu daripada halangan untuk tidak menggunakan pengurus kata laluan adalah usaha yang diperlukan untuk memasukkan semua kata laluan anda ke dalam pengurus kata laluan.

    Itulah sebabnya kami telah memperkenalkan ciri Import Kata Laluan pada tahun 2021, yang membolehkan anda memuat naik dengan mudah sehingga 3,000 kata laluan pada satu masa daripada pelbagai tapak pihak ketiga ke dalam Pengurus Kata Laluan Google.

    Dan, anda boleh menyimpan sehingga 10,000 kata laluan dalam Akaun Google anda. Setelah anda mengimport kata laluan anda, anda boleh menjalankan semakan kata laluan untuk mengetahui sejauh mana kekuatan kata laluan tersebut, sekali gus.

google

 

Pada Hari Kata Laluan Sedunia 5 Mei, mari mulakan dengan langkah mudah untuk anda dan keluarga anda. Semudah “123456” - kata laluan yang paling biasa digunakan tetapi sangat lemah - pergi ke Semakan Kata Laluan Google (passwords.google.com) untuk menyemak kesihatan kata laluan anda dan bantu juga keluarga anda melakukan perkara yang sama!  - DagangNews.com