Pavilion REIT, WCT Holdings dan Malton beri sumbangan RM2 juta serta barang keperluan kepada mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

Pavilion REIT, WCT Holdings dan Malton beri sumbangan RM2 juta serta barang keperluan kepada mangsa banjir

Peter Chow (kiri), Dr. Shahril Baharim (dua dari kiri), Datuk Philip Ho (tiga dari kiri), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (tiga dari kanan), Chua Thian Teck (dua dari kanan) dan Datin Raja Riza Shazmin (kanan) pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir di Pavilion Bukit Jalil pada 5 Januari 2022.

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - Bersempena dengan sabutan tahun baharu, Pavilion REIT, WCT Holdings Berhad dan Malton Berhad bersatu untuk meyampaikan sumbangan wang tunai RM2 juta serta barangan keperluan bagi membantu mangsa banjir di negeri yang terlibat.

 

Sebagai usaha membantu mangsa yang memerlukan khususya dalam pasca banjir Pavilion REIT bersama WCT Holdings dan Malton bekerjasama dengan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit Siri Ke-2, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Mercy Malaysia bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa.

 

Sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah sambil disaksikan Bendahari Negeri Selangor, Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit Siri Ke-2, Dr. Shahril Baharim dan Timbalan Presiden Mercy Malaysia, Datin Raja Riza Shazmin dalam satu majlis di Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT Management Sdn. Bhd., Datuk Philip Ho sambil diiringi Penolong Pengarah Urusan WCT Holdings, Peter Chow dan Pengarah Eksekutif Malton, Chua Thian Teck.     

 

Program sumbangan banjir itu adalah selaras dengan program tanggungjawab sosial korporat dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat banjir.

 

Sumbangan RM2 juta itu akan diserahkan kepada mangsa yang memerlukan termasuk bantuan perubatan, bekalan makanan, barangan kebersihan dan keperluan berkaitan.

 

Pavilion REIT bersama WCT Holdings dan Malton berharap sumbangan itu akan membantu komuniti yang terjejas dan pada masa sama memberikan mereka kemudahan untuk membina semula rumah mereka. - DagangNews.com