Pelbagai hadiah menarik menanti pelanggan PKS unifi | DagangNews Skip to main content

Pelbagai hadiah menarik menanti pelanggan PKS unifi

 

 

KUALA LUMPUR 23 April - Unifi memperkenalkan kombo pelan jalur lebar baharu serta menawarkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan hadiah-hadiah menarik setiap bulan menerusi kempen Sign-up and Drive Away.

 

Memahami keperluan untuk mendapatkan liputan Wi-Fi yang lebih lancar di pejabat bagi memastikan produktiviti perniagaan, kedua-dua pelan unifi Biz 800Mbps dan 500Mbps kini didatangkan dengan sepasang Mesh Wi-Fi berprestasi tinggi bernilai RM999 manakala pelan unifi Biz 300Mbps didatangkan dengan sepasang Mesh Wi-Fi bernilai RM399. 

 

Selain itu, unifi turut memberikan pelanggan unifi Biz atau Biz Broadband baharu dengan hadiah-hadiah menarik setiap bulan antaranya kenderaan pacuan empat roda (4WD), komputer riba, telefon pintar dan tambah nilai e-wallet Shopee.

 

 

unifi

 

 

Ketua unifi SME, Mohamad Yusman Ammeran berkata, unifi kekal komited untuk memacu penerimaan penyelesaian perniagaan digital dalam kalangan perusahaan kecil dan seerhana (PKS) bagi memastikan perniagaan mereka mampu mendepani cabaran masa hadapan dan meningkatkan peluang pertumbuhan hasil. 

 

Katanya, unifi Biz menawarkan pakej-pakej jalur lebar dengan lebih nilai yang kini datang bersama Wi-Fi Mesh percuma yang boleh mengurangkan titik buta Wi-Fi untuk sambungan internet tanpa gangguan di premis pelanggan.

 

"Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh PKS pada masa kini dan kami sedia untuk membantu mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Pelanggan perniagaan unifi akan turut menikmati manfaat keahlian unifi Business Club (uBC) di mana mereka dapat menjangkau kepada lebih ramai pelanggan menerusi platform pengiklanan percuma; cari@unifi dan unifi TV. 

 

Ahli-ahli uBC juga boleh mendapatkan penawaran penyelesaian-penyelesaian nilai tambah dari pakar-pakar industri yang berkemahiran menerusi pelbagai cara peningkatan kemahiran dan latihan semula, untuk membantu mereka mengadaptasi peralatan digital dengan lebih mudah. - DagangNews.com