Skip to main content

Pemilik Jaya Grocer pertimbang jual kepentingan lebih AS$200 juta

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Jaya Grocer yang dimiliki oleh keluarga pengasas Teng sedang mempertimbangkan untuk menjual kepentingan sahamnya bernilai lebih AS$200 juta.

Menurut Bloomberg, pengasasnya serta Asean Industrial Growth Fund sedang berunding dengan penasihat berhubung hasrat berkenaan.

Difahamkan, pembidaan yang tidak terikat melibatkan penjualan kepentingan itu dijangka berlangsung bulan hadapan. 

AIGF dibangunkan pada tahun 2015 sebagai dana ekuiti persendirian antara Mutsibishi Corp, CIMB Group Holdings Berhad dan Development Bank of Japan Inc. 

Rundingan itu masih lagi berjalan dan tarikh perjanjian itu belum diputuskan. 

Keluarga Teng mungkin membuat keputusan untuk mengekalkan kepentingan mereka, kata sumber. 

Dalam pada itu, wakil dari CIMB pula enggan mengulas mengenai perkara berkenaan selain wakil Jaya Grocer serta Mitsubishi belum memberi maklum balas. 

Jaya Grocer yang diasaskan pada pertengahan tahun 2000 kini memiliki 35 kedai di negara-negara Asia Tenggara. - DagangNews.com