Pengarah KPJ Healthcare, Mohamed Azahari letak jawatan | DagangNews Skip to main content

Pengarah KPJ Healthcare, Mohamed Azahari letak jawatan

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Datuk Seri Dr. Mohamed Azahari Mohamed Kamil (gambar) telah meletakkan jawatannya sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif KPJ Healthcare Berhad berkuatkuasa hari ini. 

Menerusi pengumuman syarikat di Bursa Malaysia, peletakan jawatan itu adalah susulan cadangan pelantikan calon pengarah yang mewakili pelabur institusi utama sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif. 

Beliau memegang jawatan itu pada awal tahun 2020.

Sebelum ini, Mohamed Azahari turut mengumumkan persaraannya sebagai Pengarah Urusan syarikat pengendali KFC dan Pizza Hut, QSR Brands (M) Holdings Berhad pada April lalu. 

Jawatan itu kemudiannya digantikan oleh Nehchal Khanna.

Seiring peletakan jawatan itu, KPJ Healthcare menyenaraikan Pengerusinya, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla, Datuk Dr. Ngun Kok Weng, Khairuddin Jaflus dan Datuk Dr. Sivamohan S. Namasivayam sebagai Komposisi Jawatankuasa Risiko  kumpulan. - DagangNews.com