Skip to main content
Kolum DEWI - 23 July 2021

Pentingnya memiliki dan mengamalkan disiplin semasa pandemik COVID-19

 

 

APA yang difahami dengan perkataan ‘disiplin’? Apakah masalah yang berpunca daripada ‘disiplin’? Kenapa ‘disiplin’ dikaitkan kepada kehidupan? Apakah  implikasi kemerosatan ‘ disiplin’? Kenapa perlu ‘berdisiplin’?

 

Setiap saat mesti ada perbicaraan mengenai masalah disiplin dan kehebatan berdisiplin tetapi kita masih lagi tidak memahami apakah kaedah disiplin tersebut dan bagaimana untuk terus ikhlas di dalam mendidik diri menjadi seorang insan yang berdisplin.

 

Perkataan ‘disiplin’ itu adalah satu perbuatan pilihan dan bukannya satu lanjutan warisan dari turun temurun.

 

Perbuatan pilihan itu berkaitan dengan satu perancangan yang sudah diketahui apakah jenis dan akibat yang bakal berlaku atau dihadapi sekiranya tidak mematuhi atau tidak pedulikan kepentingan disiplin yang telah digariskan di dalam kehidupan, pekerjaan, pergaulan dan pengamalan.

 

‘Disiplin’ itu menyatakan satu etika proses, keadaan ini menyatakan apakah jenis proses yang diketahui dan dirancang secara individu  atau secara berkumpulan.

 

Apabila sudah mempunyai satu etika proses maka ianya akan melibatkan perlaksanaan melalui susun atur perancangan dimana proses ini bersatu untuk menghasilkan satu tujuan yang telah dirancang.  

 

Penyataan ini terlalu jelas sekiranya berlaku satu masalah di dalam proses atau kegagalan satu perancangan dan tujuan,  ia dapat dinyatakan penyumbang utama kepada kegagalan itu dikaitkan dengan permasalahan disiplin.

 

Sebagai contoh: masalah disiplin mengakibatkan melaksanakan proses yang telah dirancang dengan cara tidak betul atau ubahan dilakukan atas dasar kepentingan peribadi.

 

Masalah disiplin kritikal iaitu tingkah laku  tidak jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah dirancangkan atau telah diamanahkan.

 

Fakta harus dinyatakan dalam setiap perbuatan individu terhadap tanggungjawab iaitu mesti fahami bahawa pengamalan berdisiplin itu adalah kemestian dalam merealisasikan pencapaian matlamat yang telah direncanakan.

 

Mengetahui keadaan iaitu nilai disiplin bakal rosak sekiranya individu atau kumpulan mengamalkan satu  etika proses yang dinyatakan mendapat pulangan lumayan.

 

Sebagai contoh tidak berdisiplin hingga menjadi tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab memilih projek kerja daripada pihak-pihak tertentu dan mensyaratkan sebarang pembayaran.

 

Kritikalnya perbuatan ini bakal mencetuskan keadaan berpanjangan dimana ianya juga bakal menjadikan keadaan tersebut menjadi seola seperti aktiviti biasa.

Penceritaan mengenai disiplin mempunyai banyak rujukan serata dunia dan apabila dibaca ia mempunyai maksud sama dan bakal tandus sekiranya amalan berdisiplin tidak berjaya dilaksanakan.  Dua contoh perbuatan harus difahami oleh individu iaitu:

 

  1. Tawaduk

Apakah kaitan tawaduk terhadap disiplin? Tawaduk menyatakan akan sifat individu tidak angkuh, setia, taat, patuh dan jujur.  Tawaduk itu menggariskan etika menjaga kebersihan hati, kebersihan hati itu mesti ada supaya tidak akan tumbuh nilai sombong kerana apabila sudah sombong pasti akan tercetus nilai perbuatan tidak berdisiplin dan lupa apakah berlaku sekiranya tidak berdisiplin dalam menjalankan proses kerja yang telah diamanahkan.

 

Setiap perbutan dilaksanakan oleh diri sendiri kedalam sebuah kumpulan ianya pasti akan bermula dari hati setiap individu. Kehebatan nilai tawaduk ada di dalam diri individu itu bakal menghapuskan perasaan dan keberanian dalam menunaikan amalan tidak berdisiplin dan tidak jujur.

 

  1. Bersedekah

Kenapa bersedekah? apakah kaitan bersedekah dengan disiplin? Bersedekah bermaksud terlalu luas namun bersedekah itu menggariskan individu membuat kebaikan dan apabila seorang individu mengamalkan nilai bersedekah didalam hati dan kehidupan ini bakal menceritakan  individu tersebut ikhlas dalam mencari rezeki dan harta bagi bekalan kehidupan.  

 

 

Sila kaitkan nilai disiplin terhadap harta kehidupan dan fahami bahawa harta kehidupan  itu adalah amanah dan ujian, maka berdisiplin dalam menggariskan etika bersedekah dapat menjadikan diri lebih ikhlas dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab.

 

Pengamalan dan pemahaman contoh perbuatan itu harus ada di dalam diri setiap individu. Ia bakal menjadikan diri itu faham apakah tanggungjawab yang perlu diamalkan dan dilaksanakan dengan penuh berdisiplin.

 

Seperti telah dinyatakan bahawa disiplin itu adalah satu pilhan berdasarkan nilai jiwa atau hati yang ada dalam diri individu tersebut , dan jelasnya disiplin itu bukannya satu tingkah amalan warisan berterusan.

 

Apabila diri itu hidup dalam keadaan tidak berdisiplin maka ini jelas direncanakan bahawa diri kehidupan individu itu mempunyai sifat  angkuh, tidak setia, tidak taat, tidak patuh dan mengecewakan lagi individu ini tidak jujur. 

 

Bagaimana pun sifat bersedekah dan disiplin, sifat bersedekah itu menyatakan sifat  lahir dari hati jujur dalam membuat sebarang kebaikan dan keputusan maka apabila sudah ada sifat mulia itu ia bakal menjadikan diri individu tersebut lebih mengamalkan nilai berdisiplin di dalam kehidupan semasa.

 

Cipta satu garis panduan di dalam diri bagi menbicarakan dan memahami nilai focus itu adalah satu garis panduan untuk menjadikan diri sendiri mempunyai tika yang melibatkan cara pemikiran, pemerhatian dan tenaga jujur di dalam membuat sebarang keputusan.

 

Untuk menjadikan nilai fokus individu itu tercapai matlamat dan tepat dalam membuat sebarang keputusan jujur , perbuatan dan amalan jiwa berdisiplin itu amat bermakna dan dapat memberi kesan terbaik kepada nilai fokus dalam kehidupan.

 

Fahami dan melaksanakan nilai disiplin ini bakal meningkatkan nilai effektif,  nilai tumpuan dan nilai kepercayaan daripada diri sendiri kepada individu persekitaraan.

 

Nilai disiplin ini juga bakal menjadikan diri tenang dalam membuat sebarang keputusan betul dan juga bakal menjadikan individu dalam keadaan sentiasa bertanggungjawab.

 

Huraian yang dinyatakan itu telah menjawab persoalan ini. Apa yang difahami dengan perkataan ‘disiplin’?

  • Apakah masalah yang berpunca daripada ‘disiplin’?
  • Kenapa ‘disiplin’ dikaitkan kepada kehidupan?
  • Apakah  implikasi kemerosatan ‘ disiplin’? Kenapa perlu ‘berdisiplin’?

 

  1. Masalah perceraian, pasangan ditinggalkan dan anak-anak tidak diambil berat di dalam kehidupan berkeluarga.  Permasalahan perhubungan ini jelas ianya bermula dengan ketandusan amalan nilai displin di dalam kehidupan berkeluarga. Tidak berdisiplin untuk mengamalkan dengan baik dan berkesan terhadap nilai bertawaduk.

 

  1. Masalah seperti kehidupan individu sebagai contoh kanak-kanak, remaja, dan dewasa menjadikan diri kecewa, keliru, tidak berpendidikan, tidak faham nilai hebat didalam diri sendiri dan menjadi sampah masyarakat. Ini telah membuktikan nilai disiplin dalam kehidupan tidak difahami, tidak diamalkan ,tidak jujur dan tidak amanah dalam mempraktiskan nilai berdisiplin di dalam kehidupan semasa.

 

  1. Masalah di dalam organisasi seperti masalah disiplin para pekerja,    pemahaman dan sifat tidak mengambil tahu mengenai perlunya untuk mengamalkan nilai berdisplin dalam menjalankan tugasan harian di dalam organisasi, sifat tersebut menjadikan satu permasalahan bakal berterusan sekiranya para pekerja tidak faham akan tanggungjawab terhadap nilai berdisiplin di dalam organisasi.

 

  1. Masalah tidak jujur dalam melaksanakan tugasan oleh mereka yang telah dipertanggungjawabkan atau sudah dilantik atas kepercayaan di dalam melaksanakan garis panduan tugasan,  tugasan dipertanggungjawab itu bakal meningkatan pulangan sepertimana yang telah dijanjikan kepada mereka yang lain.

 

 

Apabila nilai tidak jujur itu wujud maka jelas tidak ada nilai berdisiplin diamalkan di dalam kehidupan mereka yang telah dipercayai itu.

Contoh-contoh permasalahan telah berlaku ini menperjelaskan bahawa nilai disiplin didalam diri sudah pincang dan mungkin disiplin itu sudah bukan amalan yang dipertimbangkan atau panduan kepada sebarang keputusan perlu dilaksanakan.

 

Maka kita perlu faham adakah diri ini sudah faham apakah kesan ketandusan disiplin di dalam kehidupan masing-masing.

 

Dan perlu faham bukti kepincangan di dalam membuat keputusan itu adalah kesan daripada tidak faham nilai berdisiplin dalam membuat sebarang keputusan, tidak menggariskan disiplin itu satu rujukan dalam membuat keputusan dan tidak kisah sekiranya tidak berdisplin.

 

Ini kerana orang sekeliling masih lagi tidak faham apakah kesan  sifat tidak berdisplin tersebut dan masih berterusan mengamalkan sifat tidak perduli kalau diri tidak berdisiplin di dalam perhubungan kemanusian.

 

Terkini ….‘Fahami dan amalkan nilai disiplin di dalam kehidupan, sekiranya ada nilai disiplin yang tinggi maka tidak akan ada bukti peningkatan bacaan COVID-19 lagi…….’

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

 

 

Portfolio Tags