Peraduan Minum dan Menang M-150 tawar hadiah menarik bernilai lebih RM10,000, motosikal Yamaha Y15ZR | DagangNews Skip to main content

Peraduan Minum dan Menang M-150 tawar hadiah menarik bernilai lebih RM10,000, motosikal Yamaha Y15ZR

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Jun - Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) sedang dalam misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kebaikan minuman tenaga, dengan melancarkan kempen promosi yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi dengan pembelian minuman tenaga M-150. 

 

Minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh badan dan menyegarkan minda. 

 

Didatangkan dalam perasa citrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan juga berfungsi untuk melegakan keletihan. 

 

Untuk menyertai Peraduan Minum dan Menang M-150, pelanggan hanya perlu membeli sekurang-kurangnya tiga (3) botol M-150 dalam satu resit pembelian. 

 

Ambil gambar resit pembelian tersebut (dengan kod bar yang jelas), pemberian butiran peribadi, nombor kad pengenalan dan hantar ke nombor 016-3344150 menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Pengarah Infra Bunga, Lip Jin berkata, peraduan terbuka kepada semua dan para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk motosikal Yamaha Y15ZR bernilai lebih RM10,000 sebagai hadiah utama. 

 

“Kami melancarkan Peraduan Minum dan Menang yang berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Jun 2022 untuk mewujudkan kesedaran bahawa minuman tenaga M-150 bukan sekadar minuman fungsi kepada mereka yang menjalani gaya hidup aktif. 

 

 

m150

 

 

"Sebaliknya, ia juga merupakan minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan mana-mana majlis. Peraduan yang sama seperti Minum dan Menang dengan lebih banyak hadiah menarik akan dirancang pada separuh kedua tahun 2022, jadi nantikan aktiviti-aktiviti dan hadiah yang lebih mengujakan daripada Infra Bunga dan M-150," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Katanya, pasaran minuman tenaga agak besar dan menjadi pilihan bagi hampir 28% rakyat Malaysia menurut satu tinjauan yang melibatkan sekitar 20,000 peserta,” katanya sambil menambah, minuman tenaga adalah minuman pilihan selepas kopi, teh dan jus soda.

 

Diedarkan di Malaysia oleh Infra Bunga sejak 2016, minuman tenaga M-150 mengandungi gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi yang menawarkan rasa dan manfaat yang terbaik. 

 

Dengan hanya 155 kalori setiap botol 150ml, ia adalah minuman gaya hidup yang menyeronokkan, disasarkan untuk kumpulan pengguna berusia antara 18 dan 40 tahun. 

 

Minuman tenaga M-150 akan dijual di pasar raya besar dan stesen minyak yang lebih luas justeru menjadikannya lebih muda diakses di seluruh negara. - DagangNews.com