Perodua Alza baharu kini dibuka untuk tempahan | DagangNews Skip to main content

Perodua Alza baharu kini dibuka untuk tempahan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Model terbaharu Perodua Alza baharu yang menggantikan model sebelumnya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil kini dibuka untuk tempahan.

 

Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Semenanjung Malaysia  tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya di Malaysia.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata kecekapan bahan api model Perodua Alza baharu itu dipertingkatkan sehingga 22 kilometer seliter, ia merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya.

 

Perodua Alza baharu turut dilengkapi Perodua Smart Drive Assist (PSDA)  yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

 

Ciri terkini model baharu itu termasuk Pandangan Panoramik 360 darjah, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa. - DagangNews.com