Pharmaniaga mahu perluas sektor pembuatan di Indonesia | DagangNews Skip to main content

Pharmaniaga mahu perluas sektor pembuatan di Indonesia

Pharmaniaga

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pharmaniaga Bhd. (Pharmaniaga) merancang mengembangkan lagi perniagaan dalam sektor pembuatannya ke pasaran antarabangsa khususnya Indonesia.

Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman berkata, perkara itu juga turut disokong oleh pemegang sahamnya yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan projek vaksin halal yang berkaitan dengan COVID-19.

"Kami akan buat pengumuman mengenai hal ini selepas membuat perincian lanjut.

"Melangkah ke hadapan menuntut kami untuk memberi hasil yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang terutamanya kemampuan kami untuk menyelesaikan PhIS (sistem maklumat farmasi) 2019," katanya dalam satu kenyataan.

Pharmaniaga

Pharmaniaga adalah sebuah syarikat farmaseutikal dan penjagaan kesihatan bersepadu Malaysia yang turut terlibat dalam penyelidikan, pembangunan, pemasaran, pembuatan farmaseutikal generik dan lain-lain lagi.

Tambah Iqbal, pihaknya juga telah menyesuaikan diri dengan gaya norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam pengurusan kesan daripada wabak COVID-19.

Usaha tersebut juga bagi memastikan keselamatan kakitangan serta kelangsungan operasi perniagaan.

"Walaupun adanya cabaran yang datang untuk kami, kami tetap yakin dengan kemampuan kami untuk memanfaatkan peluang dalam sektor penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang panjang sekali gus meyakinkan pemegang saham kami," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pharmaniaga, Datuk Dr. Hafsah Hashim memberitahu, pihaknya juga berinteraksi dengan ramai pemegang saham secara dalam talian seiring dengan norma baharu bagi mencegah penularan COVID-19 sekali gus memastikan keselamatan pemegang sahamnya.

Dalam sesi itu juga, Hafsah berkata, kesemua resolusi telah diluluskan. - DagangNews.com