PKP 2.0 bukan penghalang pengukuhan pendapatan FY21 Axis REIT | DagangNews Skip to main content

PKP 2.0 bukan penghalang pengukuhan pendapatan FY21 Axis REIT

Axis REIT

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Prestasi pendapatan syarikat Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) dijangka terus mengukuh bagi tahun kewangan 2021 (FY21).

 

MIDF Research berkata, pihaknya juga tidak membuat sebarang perubahan terhadap ramalan pendapatan syarikat berkenaan bagi tahun 2021 dan 2022.

 

"Kami menjangkakan pendapatan Axis REIT akan kekal berdaya tahan pada tahun kewangan 2021 meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dijalankan di Malaysia.

 

"Ini kerana penyewa kebanyakannya berada dalam industri yang dibenarkan untuk terus beroperasi.

 

"Prospek pendapatan juga dijangka didorong oleh sasaran pemerolehan sebanyak RM135 juta dalam perancangan," jelas MIDF Research.

 

Axis REIT mencatatkan jumlah keuntungan bersih sebanyak RM124.9 juta pada tahun kewangan 2020 

 

Bagi suku keempat tahun kewangan 2020, Axis REIT memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM32.3 juta, meningkat 0.1% berbanding suku sebelumnya/

 

Pendapatan yang tinggi pada tahun kewangan 2020 dipacu oleh permulaan pajakan di Axis Facility@Batu Kawan dalam tempoh suku pertama tahun kewangan 2020 selain sumbangan sewa daripada aset yang baru diperoleh.

 

"Kami mengekalkan saranan 'neutral' saham Axis REIT dengan harga sasaran sesaham (TP) bernilai RM1.98.

 

"Kami tertarik kepada Axis REIT disebabkan oleh portfolio aset industri yang relatif terlindung daripada wabak COVID-19," ujar MIDF Research lagi. - DagangNews.com