PLUS lantik Syed Mohammed Idid sebagai Ketua Komunikasi Korporat baharu | DagangNews Skip to main content

PLUS lantik Syed Mohammed Idid sebagai Ketua Komunikasi Korporat baharu

Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid

KUALA LUMPUR 24 Mei - Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad yang baharu menerusi rombakan yang diadakan di dalam syarikat itu.

 

Beliau menyertai PLUS pada 2019 sebagai Ketua Komuniti, Korporat dan Penglibatan Awam sebelum menyandang jawatan Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik.

 

Pertukaran jawatan itu berlaku apabila PLUS bertindak merombak pasukan penglibatan pihak berkepentingan strategiknya yang diberi nama baharu daripada komuniti, korporat dan penglibatan awam.

 

Pasukan penglibatan pihak berkepentingan strategik sebelum ini mempunyai tiga unit yang terdiri daripada pihak berkepentingan dan advokasi kerajaan, komunikasi dan penglibatan digital serta penglibatan awam.

 

Menerusi rombakan itu, unit pihak berkepentingan dan advokasi kerajaan kini berada di bawah pejabat Pengarah Urusan.

 

Pada masa sama, PLUS mewujudkan unit baharu yang dikenali sebagai unit penglibatan media yang diketuai Iskandar Dzulkifli yang berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan media.

 

Sebelum ini, Iskandar mengetuai unit pihak berkepentingan dan advokasi kerajaan.

 

Kesemua tiga unit baharu yang diwujudkan itu akan melapor kepada Syed Mohammed dan secara keseluruhannya fokus pasukan adalah kepada komunikasi korporat.

 

Pada masa sama, beliau berkata, lebih banyak fokus bersasar akan dibuat terutama dalam suasana semasa yang memerlukan penglibatan pihak media. 

 

"Salah satu perkara yang menyaksikan kejayaan dalam penglibatan media dan menjana kesedaran ialah kempen Hari Raya dengan ramai orang pulang ke kampung halaman mereka selepas dua tahun tidak pulang beraya.

 

"Oleh itu, kami meningkatkan komunikasi kami dan bersedia untuk pengguna yang kembali menggunakan lebuh raya," katanya. - DagangNews.com