PLUS nasihatkan pengguna sentiasa patuhi SOP di kawasan R&R | DagangNews Skip to main content

PLUS nasihatkan pengguna sentiasa patuhi SOP di kawasan R&R

KUALA LUMPUR 14 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersiap sedia sepenuhnya menerima pengguna-pengguna berikutan kebenaran rentas negeri, dan menjamin pihaknya sentiasa menjaga kebersihan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh rayanya.

 

''PLUS bersedia menerima pengguna lebuh raya yang sudah lengkap divaksinasi dan segala SOP di kawasan R&R, surau, tandas awam dan sebagainya hendaklah dipatuhi pada setiap masa.

 

''Pihak polis akan turut berada di lokasi bagi memastikan tiada sesiapa melanggar SOP ini dan pemeriksaan rambang terhadap status vaksinasi di MySejahtera akan dilakukan,'' kata PLUS dalam hantaran menerusi Facebook rasminya.

 

 

PLUS
Polis berada di Kawasan R&R bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP dan juga hanya mereka yang divaksin penuh boleh mengunjungi R&R PLUS.

 


PLUS berkata, pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Kerajaan setelah lama berada di rumah memberi kelegaan kepada Keluarga Malaysia untuk melepaskan kerinduan kepada pengalaman perjalanan, percutian atau mengunjungi insan tersayang.

 

''Lebuhraya PLUS sedia menyambut anda untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar, kerana kami komited menjaga anda dengan baik di sepanjang perjalanan,'' kata pengendali lebuh raya tersebut.

 

 

PLUS

 

 

PLUS menasihatkan, dalam keterujaan ini, rancang perjalanan dengan baik, pastikan kenderaan telah diselenggara dan berada dalam keadaan baik.

 

''Sebagai Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19, kekal patuh kepada SOP harus sentiasa diberi perhatian. Sekiranya perlu, jalani ujian kendiri dengan menggunakan kit ringkas Covid Test sebelum bertemu keluarga atau sebelum memulakan perjalanan.

 

PLUS

 

PLUS

 

 

''Kekal memandu secara berhemah dan berhati-hati di lebuh raya. Kami doakan semoga anda selamat sampai ke destinasi,'' pesan PLUS. - DagangNews.com