PM kongsi saranan bijak ketika dunia perlukan kepimpinan terbaik untuk elak kerapuhan ekonomi – Pakar Ekonomi Global | DagangNews Skip to main content

PM kongsi saranan bijak ketika dunia perlukan kepimpinan terbaik untuk elak kerapuhan ekonomi – Pakar Ekonomi Global

Perdana Menteri hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian.
Oleh TENGKU NOOR SHAMSIAH TENGKU ABDULLAH

KUALA LUMPUR 26 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub telah membuat pemikiran yang bijak dan tepat dengan menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk bergerak ke hadapan adalah melalui kerjasama dan usaha kolektif untuk mengatasi cabaran ini

 

Ketua Pakar Ekonomi IQI Juwai, Shan Saeed berkata, landskap pasaran kewangan telah berubah secara mendadak dalam tempoh 15 tahun yang lalu. 

 

Menurut beliau, ekonomi global terus kekal tidak menentu di tengah-tengah kelemahan kewangan dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon.

 

 “Dasar kewangan dan fiskal telah menjadi asas kepada semua kerajaan di seluruh dunia untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di peringkat makro.”

 

"Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah tertentu untuk mencapai hasil ekonomi mapan, bukan di luar pilihan tetapi tiada siapa yang mengambil tanggungjawab dalam landskap.

 

"Ekonomi global akan kekal rapuh dan tidak menentu sehingga 2024 atau seterusnya," kata Shan kepada DagangNews.com di sini hari ini.

 

Shan berkata demikian ketika diminta berkongsi pandangannya mengenai ucapan Ismail Sabri pada Persidangan Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia di Tokyo pada Khamis.


 

Shan Saeed
                                                       Shan Saeed

 

 

Dalam penampilan sulungnya pada persidangan bertemakan ‘Mentakrifkan Semula Peranan Asia dalam Dunia Berbelah Pendirian’, juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei, Ismail Sabri berkata dunia sedang menghadapi pelbagai ancaman termasuk perubahan iklim, yang memerlukan komitmen dan kerjasama serantau dan antarabangsa.

 

Selain menekankan usaha meningkatkan integrasi ekonomi serantau, mengukuhkan mekanisme rundingan dan kerjasama, Ismail Sabri turut berkongsi konsep Keluarga Malaysia dalam ucaptamanya itu.

 

Menurut Shan, ekonomi global memerlukan kestabilan dalam pandangan dan kebijaksanaan kolektif pemimpin untuk membimbing orang ramai untuk membawa kemakmuran untuk keseluruhan ekonomi.

 

“Persidangan itu boleh menjadi peristiwa penting bagi pemimpin Asia untuk membawa orang ramai ke tahap kemakmuran ekonomi seterusnya di rantau ini,” tambahnya.

 

 

PM

 

 

Perdana Menteri hari ini mengusulkan kepada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia di sini, tiga perkara utama untuk membolehkan Asia memainkan peranan dalam menerajui dunia yang berbelah pendirian.

 

Berkongsi pandangannya pada persidangan yang juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei itu, Ismail Sabri berkata, perkara itu adalah Memperkasakan Integrasi Ekonomi Serantau, Mengukuhkan Kerjasama dan Mekanisme Perundingan serta Bermuafakat dalam Menangani Cabaran Perubahan Iklim.

 

"Ini adalah antara perkara yang boleh diberikan perhatian dalam menawarkan penyelesaian isu sejagat dan pada masa yang sama meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam kalangan negara di Asia," katanya.

 

Ismail Sabri berkata, perkara utama dalam memperkasakan integrasi ekonomi serantau adalah menumpukan kepada usaha mengukuhkan kemampuan rantau Asia dalam menangani perubahan dalam globalisasi selepas pasca pandemik COVID-19. DagangNews.Com