PM umum bayaran tambahan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2, bermula 27 Jun 2022 | DagangNews Skip to main content

PM umum bayaran tambahan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2, bermula 27 Jun 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 22 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 untuk isi rumah golongan B40 dan RM50 bagi bujang menerusi inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2, mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.

 

Ismail Sabri berkata, bantuan tersebut mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

 

Beliau berkata, bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. 

 

Jelasnya, untuk itu setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. 

 

"Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta. Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

 

"Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion," katanya ketika menyampaikan pengumuman mengenai penjelasan isu subsidi minyak masak dan bayaran BKM Fasa 2 hari ini.

 

Menurut Ismail Sabri, pada 1 Jun lalu, beliau telah mengumumkan bantuan tunai akan diberikan kepada Keluarga Malaysia yang terkesan akibat cabaran kos sara hidup apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi harga ayam, telur dan kenaikan harga barang makanan yang lain.

 

 

pm

 

 

pm

 

 

"Maka hari ini saya mengumumkan BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Bajet 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

 

"Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500 pada tahun 2022. Bantuan ini merupakan yang tertinggi setakat ini yang pernah diberikan oleh mana-mana kerajaan," katanya.

 

Katanya, pembayaran itu juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dalam jadual (lihat lampiran).

 

 

pm

 

 

pm

 

 

pm

 

 

"Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar," katanya.

 

Semakan status pembayaran boleh dibuat bermula 27 Jun 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. - DagangNews.com