Pokok Krismas Lestari daripada botol minuman terpakai jadi tarikan di Spritzer EcoPark | DagangNews Skip to main content

Pokok Krismas Lestari daripada botol minuman terpakai jadi tarikan di Spritzer EcoPark

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Dis - Spritzer Malaysia (Spritzer) mendirikan Pokok Krismas Lestari sebagai tarikan utama di Acara Krismas Spritzer EcoPark 2021 bertempat di Taiping, Perak.

 

Pokok setinggi 10 kaki yang dibina menggunakan botol-botol Spritzer Sparkling beserta lampu yang dililit kelilingnya mewujudkan suasana musim percutian sambil menikmati acara yang disediakan bermula 17 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. 

 

"Pengunjung juga boleh meneroka Terowong Seni Kitar Semula diperbuat daripada ribuan botol air mineral Spritzer dan juga merakam gambar untuk dimuat naik di Instagram sambil mengalu-alukan kehadiran tahun baharu.

 

"Antara aktiviti lain yang dianjurkan termasuk permainan golf mini beserta pakej bola golf LED, kraf DIY bertema Krismas, termasuk kotak hadiah buatan tangan pada waktu yang ditetapkan. 

 

"Pengunjung juga boleh mendapatkan minuman berperisa istimewa, Tropical Fizz Spritzer Sparkling dan juga gula-gula dengan hiasan krismas," katanya dalam satu kenyataan.

 

Acara itu akan diadakan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard merangkumi pemeriksaan MySejahtera, penjarakan fizikal, pelitup muka dipakai setiap masa dan cecair sanitasi akan disediakan untuk pengunjung. - DagangNews.com