PPG buka ruang transfromasi perniagaan kepada industri penerbangan & hospitaliti | DagangNews Skip to main content

PPG buka ruang transfromasi perniagaan kepada industri penerbangan & hospitaliti

Plaza Premium Group (PPG)

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Syarikat penyedia perkhidmatan lapangan terbang mewah, Plaza Premium Group (PPG) membuka ruang kerjasama dalam transformasi perniagaan kepada industri penerbangan dan hospitaliti.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Shared Plaza Premium, Song Hoi See berkata, kerjasama dan transformasi perniagaan itu dilihat berdasarkan kepada perubahan dan keperluan semasa seiring dengan norma baharu masyarakat.

"Situasi semasa telah mengubah perkhidmatan dan keperluan ruangan rehat di lapangan terbang kepada fokus baharu dalam aspek kebersihan, keselamatan dan penjarakan fizikal.

"Oleh itu, pasukan kami telah melakukan pembaharuan dalam aspek protokol dan prosedur bagi memastikan kecekapan serta kualiti berada pada tahap yang baik apabila lokasi dibuka semula di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PPG kini telah membuka semula 35% dari Plaza Premium Lounge dan Plaza Premium First di seluruh dunia.

PPG juga telah meneruskan pengembangan operasinya yang dirancang pada 2020 dengan pelancaran ruang rehat di Amerika Syarikat pada 1 September baru-baru ini.

Tambah beliau, pihaknya menilai tempoh pemulihan wabak ini sebagai peluang keemasan untuk mengubah cara penerbangan masa hadapan.

Pihaknya telah menggariskan beberapa perancangan perubahan seperti berikut;

  • Pengembangan produk dan perkhidmatan baharu
  • Transformasi jenama sedia ada untuk kekal berdaya saing dan segar
  • Kerjasama strategik dengan rantaian penawaran dan permintaan bagi hospitaliti lapangan terbang untuk memperkenalkan inisiatif baharu
  • Rundingan dengan ejen pelancongan mengenai kontrak masa hadapan
  • Menyusun semula struktur syarikat untuk memasksimumkan kecekapan operasi

Jelasnya lagi, pasukannya ditunjangi oleh Ketua Pegawai Komersial, Bora Isbulan yang mengetuai perbincangan bersama pihak lapangan terbang, syarikat penerbangan, institusi kewangan dan rakan korporat bagi meneroka strategi pengembangan operasi.

"Kami percaya bahawa kerjasama pihak lapangan terbang dan ekosistem penerbangan adalah kunci kepada pembinaan semula industri ini.

"PPG juga menekankan aplikasi digital untuk meningkatkan pengalaman pelanggan selain selamat dan yakin," katanya lagi. - DagangNews.com