Prestasi perdagangan Malaysia dijangka pulih tahun ini - MIDF | DagangNews Skip to main content

Prestasi perdagangan Malaysia dijangka pulih tahun ini - MIDF

Perdagangan negara

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Prestasi perdagangan negara eksport dan import dijangka pulih pada tahun 2021.

 

MIDF Research berkata, jangkaan pemulihan tersebut didorong oleh prestasi yang baik pada separuh kedua 2020 susulan pembukaan semula aktiviti di peringkat global serta rangkaian bekalan yang kembali pulih.

 

"Harga komoditi yang kompetitif dan kapasiti akan menjadi pendorong tambahan kepada pemulihan.

 

"Pelabur juga berpotensi meningkat didorong oleh  faktor ketersediaan vaksin.

 

"Pelaksanaan program vaksinasi bersama sokongan  dasar fiskal dan monetari yang besar dalam ekonomi akan meningkatkan permintaan," jelas MIDF Research.

 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini melaporkan perdagangan Malaysia pada Januari 2021 berjumlah RM162.6 bilion, berkembang 4.1% berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

 

Eksport mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih tinggi berbanding import, mencatat pertumbuhan 6.6% daripada RM84.1 bilion kepada RM89.6 bilion.

 

Import negara pula berjumlah RM73.0 bilion, terus mencatat pertumbuhan 1.3% berbanding bulan yang sama 2020.

 

MIDF Research berkata, pihaknya masih turut mengekalkan unjuran pertumbuhan eksport dan import, masing-masing dengan pertumbuhan 8.1% dan 8.7%.

 

Barangan pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) mengekalkan prestasi perdagangan yang kukuh.

 

Barangan E7E menjadi penyumbang paling dominan dengan pertumbuhan sebanyak 6.6%  dalam jumlah eksport keseluruhan.

 

Produk berasaskan getah pula menyumbang sebanyak 5% pt dengan peningkatan 187.4%  berbanding tahun lalu.

 

"Produk getah khususnya akan terus menyokong prestasi eksport negara tahun ini kerana permintaan tetap cerah susulan kes COVID-18 yang masih tinggi serta pelancaran vaksin," ujar MIDF lagi. - DagangNews.com