Principal tawar siri pelaburan ‘pencen’ | DagangNews Skip to main content

Principal tawar siri pelaburan ‘pencen’

bersara

KUALA LUMPUR 13 Julai – Syarikat pengurusan pelaburan, Principal Asset Management Berhad (Principal) menawarkan Siri Principal Heritage yang bertujuan menyediakan perkhidmatan simpanan persaraan di negara ini.

Siri berkenaan menawarkan sebuah rangkaian pelaburan yang terdiri daripada Principal Heritage Growth Fund, Principal Heritage Balanced Fund dan Principal Heritage Income Fund.

Ketiga-tiga pelaburan berkenaan akan diedarkan secara eksklusif menerusi bank Standard Chartered.

Ketua Pegawai Eksekutif Principal, Munirah Khairuddin berkata, dana pelaburan yang ditawarkan itu masing-masing mempunyai kelebbihan yang bersesuaian dengan kehendak pelabur atau pelanggan.

 “Seperti kopi, dana pelaburan ini mempunyai kelebihan masing-masing mengikut kecenderungan pelaburan peribadi mereka berdasarkan matlamat jangka masa panjang dan pendek.

Principal fokus untuk membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan jangka panjang mereka - salah satu yang paling penting ialah persediaan untuk bersara.

"Dengan jangka hayat yang lebih lama, inflasi, dan kos penjagaan kesihatan yang meningkat, rakyat Malaysia memerlukan simpanan persaraan tambahan untuk melengkapkan simpanan wajib mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga-tiga pelaburan berkenaan adalah seperti berikut:

Matlamat pelaburan

Pilihan

Dana

Nikmati peningkatan modal dengan potensi pembayaran bulanan

Agihan pendapatan asas

Principal Heritage Growth Fund

Nikmati pembayaran bulanan berpotensi yang sama rata

Agihan pendapatan sederhana

Principal Heritage Balanced Fund

Nikmati potensi pembayaran bulanan

 

Agihan pendapatan tinggi

Principal Heritage Income Fund

 

Sementara itu, Ketua Pengurusan Harta Standard Chartered Malaysia, Sammeer Sharma berkata, tawaran ini membolehkan pelabur membuat pilihan berdasarkan keperluan dan risiko.


Dalam pada itu, 95% daripada nilai aset bersih dana pelaburan akan dilaburkan dalam Dana Warisan Fullerton SGD yang dikendalikan oleh Fullerton Fund Management, anak syarikat Temasek Holdings, dan pengurus pelaburan yang dipercayai untuk dana milik negeri, pelanggan institusi dan runcit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.principal.com.my atau www.sc.com/my.DagangNews.com