Skip to main content

Produk eksklusif kumpulan K-Pop TREASURE x emart24 kini di Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Peminat kumpulan K-Pop, TREASURE kini boleh mendapatkan produk eksklusif TREASURE di gedung emart24 di seluruh negara. 

 

Rangkaian produk TREASURE x emart24 ialah usaha sama antara dua syarikat Korea Selatan yang terkenal, rantaian kedai serbaneka emart24 dan YG Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan terbesar di negara itu.  

 

Di Malaysia, TREASURE MAKERS (nama panggilan bagi peminat kumpulan K-Pop ini) boleh mendapatkan produk TREASURE x emart24 apabila beberapa produk awal tiba di kedai-kedai emart24 Malaysia pada hujung minggu ini. 

 

Produk jenama TREASURE yang eksklusif ini akan dilancarkan secara berperingkat dari 7 Ogos 2022 hingga Jun 2023.  Kempen ini dimulakan di Korea Selatan pada Februari 2022, dilancarkan di dalam negara sempena perayaan ulang tahun pertama pembukaan emart24 di Malaysia. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif francais emart24 Malaysia, Vuitton Pang berkata, emart24 berusaha untuk berkhidmat bukan sekadar sebuah kedai serbaneka biasa.

 

Beliau berkata, mereka merupakan jenama kedai serbaneka Korea pertama untuk berganding bahu dengan TREASURE di Malaysia dan berharap pelanggan di sini akan menikmati pengalaman TREASURE x emart24 yang tersendiri.

 

“Malaysia ialah negara pertama yang menjadi tumpuan emart24 meluaskan perniagaan di luar Korea Selatan dan kami telah membuka lebih daripada 20 kedai di seluruh Lembah Klang pada tahun pertama. 

 

 

emart
Vuitton Pang

 

 

emart

 

 

"Kami merancang untuk membina rangkaian sekurang-kurangnya 40 kedai menjelang akhir 2022 dan 300 kedai dalam tempoh lima tahun akan datang. emart24 ialah jenama kedai serbaneka paling pantas berkembang di Korea Selatan dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan tersebut di sini. 

 

“Sesungguhnya terdapat peluang kerjasama yang luas dan kami bercadang untuk meneroka peluang bekerjasama dengan jenama tempatan dan perniagaan lain pada masa mendatang.

 

 

emart

 

 

emart

 

 

emart

 

 

"Kami akan terus memperkenalkan makanan halal dijual di kaunter yang menambat selera rakyat Malaysia dan berharap untuk berkongsi berita dan produk lebih menarik dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Kerjasama TREASURE dengan emart24 di Korea Selatan menyaksikan produk edisi terhadnya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat kumpulan ini, sekali gus menjadikan beberapa produk dalam rangkaian tersebut bahan koleksi. 

 

 

emart

 

 

Makanan segar yang dijual di emart24 dihasilkan di dalam negara di bawah kawalan kualiti ketat sementara snek dan pek minuman TREASURE x emart24 akan diimport khas untuk kempen ini. - DagangNews.com