Program Jualan Keluarga Malaysa dilancar bagi ringankan beban akibat kenaikan harga barang | DagangNews Skip to main content

Program Jualan Keluarga Malaysa dilancar bagi ringankan beban akibat kenaikan harga barang

PUTRAJAYA 4 Dis - Berita baik buat Keluarga Malaysia! Kerajaan telah melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia bagi meringankan beban ahli Keluarga Malaysia yang terkesan dengan peningkatan harga barang.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Program Jualan Keluarga Malaysia menawarkan pelbagai keperluan asas dengan penjimatan sebanyak 20% ke atas, yang jauh lebih murah daripada harga pasaran semasa.


 

PM

 


''Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menghadapi isu kenaikan harga barang sendirian, sebaliknya kerajaan akan memainkan peranan sewajarnya bagi membendung isu ini daripada terus berlarutan,'' kata beliau dalam hantaran di Facebook rasminya.

 

Perdana Menteri berkata, pelbagai lagi inisiatif yang akan dilaksanakan kerajaan bagi membendung masalah kenaikan harga barang selain penguatkuasaan tegas kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang tanpa alasan munasabah dan memerangi ‘orang tengah’ yang mengambil kesempatan ke atas para petani dan penternak.

 

''Jualan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh 3 bulan bermula 4 Disember 2021 di lokasi-lokasi yang akan ditentukan di seluruh negara,'' kata Ismail Sabri.


 

PM


 

Kerajaan kata beliau, akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak atau ‘orang tengah’ yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan terhadap para petani dan penternak. - DagangNews.com