Program Penglibatan Tenaga kerja Pelbagai Generasi - Kunci Persekitaran Kerja yang Berkembang Maju | DagangNews Skip to main content

Program Penglibatan Tenaga kerja Pelbagai Generasi - Kunci Persekitaran Kerja yang Berkembang Maju

Jurang antara generasi menjadikan program penglibatan pekerja lebih mencabar seiring dengan perubahan signifikan yang dilalui oleh tenaga kerja masa kini. - Gambar Aisling Group
Oleh MELISSA NORMAN

PERSEKITARAN pekerjaan telah semakin berubah dalam pelbagai cara, terutamanya kini di mana lebih daripada lima generasi berbeza mengambil tempat dalam tenaga kerja.

 

Setiap generasi mempunyai pandangan mereka yang tersendiri mengenai urusan kerja, dan jurang antara generasi bukan sahaja menyumbang kepada perbezaan ini malah menjadikan program penglibatan pekerja sesuatu yang mencabar.

 

Program penglibatan pekerja merupakan sebuah proses yang berterusan dan tidak ada penyelesaian satu untuk semua untuk ini.

 

Namun begitu, program penglibatan pekerja yang berjaya dapat menjadikan tenaga kerja pelbagai generasi sebuah aset yang berharga untuk syarikat anda.

 

Selain daripada menawarkan pelbagai perspektif dan kemahiran, mereka juga boleh membantu membawa syarikat ke arah kejayaan.

 

Membina budaya kerja yang tangkas Mengikut Tinjauan Millennial dan Gen Z tahun 2021 yang dilakukan oleh Deloitte, majoriti tenaga kerja di Malaysia kini terdiri daripada generasi Millennial (1981-1994) dan Generasi Z (lahir tahun 1995).

 

Dahulunya, ia terdiri daripada Generasi X (1966-1980) dan Baby Boomer (1946-1965).

 

Setiap generasi ini mempunyai ciri-ciri dan personaliti tertentu yang berkait dengan etika kerja, gaya hidup, serta nilai-nilai penting bagi mereka.

 

Namun begitu, sebuah program penglibatan yang baik mestilah berfungsi lebih daripada sekadar menangani keperluan satu atau dua generasi.

 

 

Melissa Norman
                                                     MELISSA NORMAN

 

 

Untuk berinteraksi dengan tenaga kerja pelbagai generasi mungkin memerlukan usaha yang lebih, namun begitu ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

 

Apapun matlamat anda dalam program penglibatan pekerja, ia merupakan sebuah idea yang bagus untuk bermula dengan mengenalpasti perbezaan antara setiap pekerja anda.

 

Tiada dua individu yang sama, dan hal ini juga terpakai untuk perbezaan antara generasi.

 

Sebuah program penglibatan pekerja yang berjaya akan mengambil kira nilai dan hal-hal yang memacu perkembangan mereka.

 

Anda juga perlu mengenal pasti bagaimana untuk menyampaikan mesej anda kepada pekerja daripada berbilang generasi dengan berkesan.

 

Sebagai contoh, mesej yang sama mungkin mempunyai cara yang berbeza sekiranya ditujukan kepada penerima dari golongan muda serta golongan yang lebih tua.

 

Aset yang paling berharga yang dibawa oleh tenaga kerja pelbagai generasi adlaah perbezaan dalam nilai-nilai yang mereka percaya.

 

Hal ini ditunjukkan melalui cara mereka menangani masalah dan mencari penyelesaian, dan program mentor antara generasi boleh memudahkan lagi proses perkongsian ilmu pengetahuan serta merapatkan jurang antara generasi.

 

Kesimpulannya, penting untuk diingat bahawa para pekerja, tanpa mengira umur, mencari kepuasan dalam pekerjaan mereka.

 

Oleh itu, majikan dan bahagian sumber manusia perlu menyediakan mereka dengan sumber, strategi dan persekitaran yang memperkasakan mereka, di samping mencipta sebuah persekitaran selamat untuk pekerja daripada latar belakang berbeza untuk berkembang maju.

 

Sila layari https://aisling.com.my/  untuk lebih maklumat berkenaan bagaimana organisasi dan individu boleh meningkatkan kebolehan mereka dalam peningkatan kemahiran, kepimpinan, dan budaya. - DagangNews.com 

 
Melissa Norman merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan Aisling Group, yang terdiri daripada Aisling Search & Selection, Aisling Consulting dan Aisling Professional Development adalah sebuah syarikat penyelesaian bakat tempatan Malaysia.