Program Refer and Rewards CTOS tawar hadiah RM2,000 setiap minggu untuk pelanggan, bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2022 | DagangNews Skip to main content

Program Refer and Rewards CTOS tawar hadiah RM2,000 setiap minggu untuk pelanggan, bermula 27 Jun hingga 31 Julai 2022

Eric Hamburger
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 30 Jun - CTOS Data Systems Sdn Bhd sedang memperkasakan konsumer untuk mengawal kesihatan kewangan mereka melalui sebuah program rujukan untuk semakan kendiri Laporan Skor MyCTOS.

 

Program Refer and Reward CTOS memberi insentif kepada pelanggan untuk menyemak markah mereka dan merujuk rakan serta ahli keluarga untuk melakukan perkara yang sama, dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2,000 setiap minggu melalui sistem mata ganjaran terkumpul. 

 

Program akan berlangsung selama lima minggu dari 27 Jun hingga 31hb Julai 2022 sebagai sebahagian daripada usaha celik kewangan CTOS yang berterusan.

 

Setelah mencatat pencapaian dua juta pelanggan semakan kendiri CTOS baru-baru ini, program itu dilancarkan pada masa yang sesuai, kerana tanggungjawab kredit dan kesihatan kewangan adalah penting ketika negara semakin pulih daripada fasa pandemik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, Eric Hamburger berkata, pihaknya menyasar untuk memperkasakan seramai mungkin dengan alatan serta pengetahuan betul untuk membuat keputusan kewangan baik dan menyemak laporan kredit MyCTOS mereka adalah langkah pertama dalam perjalanan itu.

 

Beliau berkata, peningkatan pertumbuhan dalam pelanggan pemeriksaan kendiri CTOS yang disaksikan menandakan bahawa konsumer secara keseluruhannya semakin sedar mengenai kesihatan kredit mereka. 

 

"Kami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mengawal kesihatan kewangan serta menggalakkan mereka untuk memperkasakan orang lain agar melakukan perkara yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Hamburger berkata, memasuki fasa endemik COVID-19, impak ke atas ekonomi akan berkurangan tetapi pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa. 

 

"Dalam tempoh ini, mengawasi skor kredit anda adalah lebih penting kerana akses kepada kredit masih sukar. Golongan yang telah mengekalkan kesihatan kewangan dengan sebaik mungkin boleh memanfaatkan peluang kewangan baharu yang timbul, ketika kita kembali ke cara hidup yang normal," katanya.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan kredit, mendaftar bagi perkhidmatan semakan kendiri CTOS, atau untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Rujuk dan Ganjaran CTOS, sila layari https://ctoscredit.com.my/refer-and-reward-2022/. - DagangNews.com