Proklamasi Darurat di Sarawak elak penularan COVID-19, kata PMO | DagangNews Skip to main content

Proklamasi Darurat di Sarawak elak penularan COVID-19, kata PMO

PUTRAJAYA 31 Julai - Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai 2021 telah bersetuju untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuatkuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos 2021.

 

Sehubungan itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuatkuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius.

 

"Dengan Proklamasi Darurat ini, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal," kata PMO dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com

 

BACA JUGA : Agong isytihar darurat gantung PRN Sarawak hingga Februari 2022