Skip to main content

Protasco bekerjasama dengan K.I. Engineering naik taraf jalan di Kulim bernilai RM299.2 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Protasco Berhad menerusi anak syarikatnya, HCM Engineering Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan K.I. Engineering Sdn. Bhd. untuk menaik taraf jalan persekutuan di Kedah bernilai RM299.2 juta.

 

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua syarikat akan menjalin kerjasama dan menetapkan kewajipa masing-masing untuk melaksanakan kontrak menaik taraf jalan persekutuan dari Seksyen 23.10 hingga Seksyen 35.70 di Kulim, Kedah.

 

"Menerusi perjanjian itu, HCM berkongsi 70% daripada keuntungan projek berkenaan.

 

"Mereka hendaklah bertindak sebagai pelaksana untuk melaksanakan keseluruhan pembinaan dan pembiayaan projek sehingga siap pada 27 Januari 2026," katanya dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dalam masa terdekat.

 

Bagaimanapun, tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat atau mana-mana orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam projek. - DagangNews.com