Pusat dialisis Hospital Columbia Asia Klang dilancar | DagangNews Skip to main content

Pusat dialisis Hospital Columbia Asia Klang dilancar

(Dari kiri), Wong Wai Mun dan Dr Chan Boon Kheng ketika pelancaran pusat dialisis di Hospital Columbia Asia Klang, baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 April - Hospital Columbia Asia Group melancarkan pusat dialisis pertama di di Mutiara Bukit Raja off Jalan Meru, Klang untuk memenuhi keperluan dialisis bagi peningkatan bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir.

 

Data terkini Malaysian Dialysis and Transplantation Registry menunjukkan, seramai 8,431 pesakit baharu menjalani dialisis pada awal 2018. Kurang setahun daripada tempoh itu, jumlah pesakit yang menjalani dialisis melonjak kepada 44,136 pesakit. 

 

Apa yang lebih mengejutkan, data tersebut menganggarkan bahawa menjelang 2040, bilangan pesakit yang memerlukan dialisis akan mencecah sebanyak 106,000.

 

Pengurus Besar Hospital Columbia Asia, Wong Wai Mun berkata, trend tersebut meningkat dari tahun ke tahun.

 

“Walaupun terdapat pusat dialisis di Klang, ia masih tidak mencukupi untuk menampung peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan dialisis. Dengan pembukaan pusat dialisis baharu di Hospital Columbia Asia Klang, kami berharap dapat memenuhi permintaan perkhidmatan dialisis di kawasan sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Katanya, objektif pihaknya adalah menyediakan komuniti perkhidmatan dialisis yang berkesan, memfokuskan pada keselamatan pesakit serta kualiti perkhidmatan. 

 

"Ini adalah keutamaan kami. Dengan menambah satu lagi jenis perkhidmatan kesihatan di hospital ini, kami berharap dapat menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kami bukan sahaja lebih mudah dan mudah diakses, tetapi juga lebih komprehensif," katanya.

 

 

columbia

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Columbia Asia, Dr Chan Boon Kheng pula berkata, Columbia Asia mempunyai misi lain dan itu adalah untuk membawa mesej pencegahan dan kesihatan buah pinggang ke rumah. 

 

"Penyakit buah pinggang boleh dicegah dan jika dikesan awal, boleh dikawal. Perarakan ke arah kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan dialisis tidak dapat dielakkan. Kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal adalah strategi lain dalam menguruskan penyakit buah pinggang.

 

 

columbia
Dr Chan Boon Kheng

 

 

"Pembukaan pusat dialisis hari ini adalah kesinambungan strategi ini. Kami akan terus membangunkan dan memperkenalkan lebih banyak program klinikal di fasiliti kami supaya pesakit kami boleh menerima perkhidmatan perubatan lebih dekat dengan rumah mereka. 

 

Katanya, pihaknya berhasrat untuk menjadi penyedia kesihatan pilihan dan menjadi perhentian pertama untuk penjagaan kesihatan untuk keluarga dalam komuniti mereka. - DagangNews.com