Skip to main content

Ragnarick sah pengendali sementara Manchester United gantikan Solskjaer

 

LONDON 26 Nov - Ralf Rangnick sah dilantik sebagai pengendali sementara Manchester United bagi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat, baru-baru ini.

 

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow itu akan mengisi jawatan itu buat sementara waktu.

 

Dalam perlawanan sebelum ini, Michael Carrick berjaya membawa United ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas menewaskan Villarreal namun kelab itu bertegas mahukan seseorang yang lebih berpengalaman untuk mengendalikan pasukan itu bagi menamatkan saingan musim ini.

 

United akan melantik pengendali tetap pada penghujung musim ini dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu.

 

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

 

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit kerja. 

 

"Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan," kata Carrick, lapor AFP.

 

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

 

The Red Devils kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat.-Dagangnews.com