RAM : Kelewatan pembinaan loji janakuasa, kedudukan kredit Edra Energy tidak membimbangkan  | DagangNews Skip to main content

RAM : Kelewatan pembinaan loji janakuasa, kedudukan kredit Edra Energy tidak membimbangkan 

 

 

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kelewatan dalam pembinaan loji janakuasa gas turbin (CCGT) di Melaka tidak menimbulkan kebimbangan kredit terhadap Edra Energy Sdn. Bhd. dalam tempoh terdekat.

 

RAM Rating Services Bhd. berkata, Edra telah sedia memperoleh surat kemudahan kredit pada bulan ini untuk mematuhi keperluan akaun simpanan perkhidmatan transaksi kewangan. 

 

Malah, katanya, jumlah kontigensi pra pembiyaan projek ini dan penjimatan kos pembinaan setakat ini menyediakan kecairan yang mencukupi.

 

"Ini membolehkan Edra memenuhi obligasi kewangan di bawah RM5.08 bilion sukuk wakalah (rated AA3/Stabil) di bawah andaian penyelesaian kami yang disemak semula," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Setakat 27 Jun tahun ini, konsortium kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCC) loji janakuasa ini merekodkan keseluruhan projek mencapai 99.83% siap (0.17% terlambat daripada perancangan 100%)

 

Disebabkan cabaran pandemik COVID-19, projek ini menghadapi masalah berkaitan pentauliahan dan pengujian yang menyebabkan berlakunya penangguhan.

 

Menurut RAM, tarikh operasi komersial (COD) untuk 4 blok loji janakuasa (GB) ini sepatutnya dilanjutkan hingga pertengahan September, akhir Oktober dan pertengahan Disember tahun ini. 

 

"Kami menjangkakan ganti rugi yang dapat dilunaskan kepada syarikat tunggal, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di bawah perjanjian pembelian kuasa disebabkan penangguhan ini akan ditanggung secara kontrak oleh konsortium EPCC secara back to back," katanya.

 

Bagaimanapun, agensi penarafan itu berkata, pihaknya memahami, TNB bersetuju untuk membuat penilaian semula Edra Energy berkaitan tuntutan lanjutan COD yang dijadualkan kerana berlaku force majeure, apabila setiap GB mencapai COD dan memuktamadkan COD bagi GB ketiga. 

 

Edra Power Holdings Sdn Bhd (EPH) telah memlanjutkan surat ikrar dengan memberi sokongan kepada Edra Energy sokongan kecairan yang diperlukan bagi kukuhkan sukuk bertaraf AA3.

 

Dalam hal ini, RAM melihat EPH memiliki kecairan dan kedudukan kewangan yang kukuh untuk menyokong Edra Energy sekiranya terdapat sebarang kelewatan seterusnya.

 

Edra Energy dimiliki oleh China General Nuclear Power Corporation Ltd dan China Southern Power Grid Company Ltd.

 

Konsortium EPCC bagi projek ini terdiri daripada Hyundai Engineering Co Ltd, Hyundai Engineering & Construction Co Ltd dan Hyundai Engineering Malaysia Sdn Bhd. 

 

Loji ini terdiri daripada GB CCGT tunggal dengan kapasiti nominal 747 megawatt setiap setiap satu. -DagangNews.com