RichWorks sediakan bangsa usahawan depani kemarau ekonomi | DagangNews Skip to main content

RichWorks sediakan bangsa usahawan depani kemarau ekonomi

Datuk Wira Dr Azizan Osman

NEW YORK 19 Mei - Bangsa usahawan bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung dalam program khas bagi menyediakan mereka menguruskan perkembangan bisnes semasa tempoh mencabar ini. 

 

Mentor Usahawan dan Pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, program 10x Bina Bisnes Berjaya : Bangkit Bisnes Dari Krisis tersebut ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks. 

 

Katanya, beliau dan RichWorks mahu bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana, selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri. 

 

"Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di sini (Columbia Business School) agar mampu urus keadaan 'kemarau ekonomi' dalaman malah luaran. 

 

"Bangsa usahawan akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat survive dan lagi baik berkembang dalam tempoh mencabar ini," katanya ketika membuat pengumuman istimewa buat bangsa usahawan dari New York semalam. 

 

Terdahulu ketika awal Syawal, tular di media sosial apabila seorang YouTuber, Jebat Derhaka mempersoalkan RichWorks dan Azizan dalam melahirkan usahawan jutawan hingga menarik perhatian netizen termasuk artis seperti Caprice malah influencer DD Chronicle. 

 

Tambah Azizan, meskipun kos menganjurkan program itu melibatkan lebih RM1 juta dengan kenaikan harga sewa dewan dan sebagainya, RichWorks terus menyokong bangsa usahawan dalam tempoh mencabar ini. 

 

"Cuma berita buruknya, peserta terpaksa datang ke Setia City Convention Centre (SCCC) pada 4 & 5 Jun untuk mengikutinya. 

 

"Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput untuk sertai," jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, permohonan dibuat untuk pastikan mereka yang sertai benar-benar bersedia untuk dibimbing selama 2 hari malah RichWork juga akan sediakan sesi bonus secara online. 

 

"Terutamanya bagi usahawan-usahawan yang hadiri program RichWorks secara virtual sejak pandemik 2 tahun lalu," ujarnya. 

 

Untuk keterangan lanjut, bangsa usahawan boleh layari binabisnesberjaya.com. - DagangNews.com