KUALA LUMPUR 21 Feb - Richworks International Sdn Bhd telah melancarkan Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021, sebuah platform perintis bagi menyediakan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk bangkit mengatasi impak COVID-19 dan pada masa yang sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehingga majlis pelancaran Seminar Bina Bisnes Berjaya yang diadakan semalam, seramai 65,000 peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei telah menyertai Seminar Bina Bisnes Berjaya yang berlangsung pada setiap hujung minggu.
Majlis pelancaran juga dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa Mentor Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan pengumuman berkenaan program terbaharu Richworks, Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas - Your First Million Summit yang akan diadakan secara percuma.
RichWorks juga bakal menaja sejumlah RM250,000 untuk 10 usahawan bagi mengikuti Program Mentoring Richworks, program latihan bimbingan bisnes intensif. Pemohon hanya perlu menghantarkan tulisan tentang cita-cita perniagaan dan aspirasi mereka untuk capai 1 juta pertama dan pemohon yang terpilih akan ditemuramah oleh pihak RichWorks. Bagi tahun 2021, RichWorks menyasarkan untuk melatih dan membimbing lebih 1.8 juta usahawan.
Timbalan Naib Presiden Kanan, Richworks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, majlis pelancaran itu adalah bukti bagaimana RichWorks percaya pentingnya untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti dan terus bersama usahawan-usahawan untuk bangkit dari impak COVID-19 dan PKP.
"Berniaga pada zaman ini memang mencabar dalam ekosistem ekonomi yang tidak menentu dan indikator-indikator ekonomi yang melakarkan gambaran yang kelam. Namun dengan Seminar Bina Bisnes Berjaya, matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan,” katanya.
Seminar Bina Bisnes Berjaya ini turut menampilkan TITANS, gelaran untuk usahawan-usahawan seperti jenama Sabella dan Mamasab Bakery yang telah berjaya dengan latihan dan bimbingan daripada RichWorks, dari segenap rantau ini. Mereka berkongsi pengalaman dan perjalanan peribadi serta profesional mereka dalam membina bisnes berjaya kepada peserta yang akan hadir ke seminar ini. Seramai 30 usahawan jutawan telah berkongsi pengalaman naik turun bisnes mereka pada hari ini.
Rata-rata peserta yang menyertai seminar Bina Bisnes Berjaya memberikan maklum balas positif tentang keberkesanan program ini di laman sosial peribadi mereka.
Radz berharap niat dan usaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia ini dapat memberikan manfaat serta membawa peningkatan hidup yang lebih baik terutamanya buat para peserta, peniaga dan usahawan yang tengah stuck dalam perniagaan kerana bisnes tak jalan.
"Bagi mereka yang memilih untuk mulakan perniagaan, atau yang dah berniaga tapi bisnes masih stuck, Seminar Bina Bisnes Berjaya adalah permulaan terbaik untuk anda.
"RichWorks menjemput anda yang ingin dibimbing menjadi usahawan berjaya, jom sahut cabaran Bina Bisnes Berjaya 2021 hari ini selagi peluang masih ada! Daftar sekarang untuk belajar ilmu Bina Bisnes Berjaya dalam seminar seterusnya, 100% Percuma pada 26-28 Februari 2021 di www.binabisnesberjaya.com,'' katanya. - DagangNews.com