Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 23 April - Ringgit dibuka rendah pagi ini pada RM4.1130/1170 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutupan semalam, RM4.1105/1145.

 

HLIB Research menjangkakan ringgit adalah neutral kepada melemah selepas dolar AS kembali meningkat berbanding mata wang utama lain. 

 

Katanya, kelemahan dolar AS dilihat semakin stabil sejak 19 April lalu dengan berlegar di atas paras sokongan pada 91.00.

 

"Kami kini menjangkakan dagangan ringgit dalam julat antara RM4.1050 hingga RM4.1300, dengan menjangkakan penghindaran risiko akan mendominasi pasaran menjelang hujung minggu," katanya dalam nota kajian. 

 

Firma itu juga berkata, harga minyak mentah semakin stabil selepas jualan besar-besaran baru-baru ini.

 

Brent dan West Texas Intermediate masing-masing menokok 0.1% kepada AS$65.40 dan AS$61.43 setong. - DagangNews.com