Skip to main content

Ringgit lemah berbanding dolar AS

 

 

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ringgit dibukapada RM4.0440/0480 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), lebih rendah daripada penutupan semalam, pada RM4.0430/0460. 

 

Menurut Bloomberg, indeks dolar jatuh 0.1% manakala harga minyak pula melonjak hingga ke paras tertinggi setahun.

 

Dalam nota kajian, AmBank Research menjangkakan ringgit diniagakan hari ini pada paras sokongan antara RM4.0276 dan RM4.0342 manakala paras rintangan ditambat pada RM4.0530 dan RM4.0588.

 

Semalam ringgit menyusut 0.15% berbanding dolar AS dengan dagangan berlegar antara RM4.052 dan RM4.043. 

 

Indeks FBM KLCI pula menokok 0.9% kepada 1,580.5 mata disokong pembelian asing sebanyak RM179 juta, katanya. 

 

"Pasaran bon tempatan kekal lemah pada awal minggu ekoran pengumuman lanjutan PKP bagi tempoh 2 minggu lagi," jelasnya. 

 

Menurutnya, Brent menokok 1.97% kepada AS$57.46 seting manakala West Texas Intermediate (WTI) pula naik 2.26% kepada AS$54.76 setong. 

 

"Tindakan Arab Saudi mengurangkan bekalan secara sukarela sehingga 1 juta tong sehari bermula Februari hingga Mac telah menyokong peningkatan harga minyak yang lebih tinggi," katanya. - DagangNews.com