Ringgit mengukuh berbanding dolar AS | DagangNews Skip to main content

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

 

 


KUALA LUMPUR 22 April - Ringgit mengukuh dalam dagangan pagi ini kepada RM4.1140/1180 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Semalam, mata wang itu ditutup pada RM4.1190/1230, lebih rendah daripada penutupan Selasa, RM4.1130/1180 berikutan penurunan harga minyak serta peralihan permintaan terhadap mata wang selamat seperti dolar AS. 

 

HLIB Research berkata, dolar AS dilihat semakin stabil setelah mengalami pengukuhan sementara yang akan menyaksikan dagangan dolar AS/ringgit adalah neutral.

 

"Tetapi, kami masih menjangkakan dolar AS masih berdepan penurunan dengan hasil akan menjadi penentu utama," katanya dalam nota kajian hari ini.

 

Menurut firma itu, harga minyak juga tidak menentu selepas AS dilaporkan mahu meningkatkan stok minyak mentah. 

 

Ia menyaksikan Brent susut 1.9% kepada AS$65.32 setong manakala West Texas Intermediate jatuh 1.8% kepada AS$61.35 setong. - DagangNews.com