Ringgit mengukuh dalam dagangan pagi ini | DagangNews Skip to main content

Ringgit mengukuh dalam dagangan pagi ini

 


Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ringgit pagi ini memulakan dagangan awal yang tinggi pada RM4.1150/4.1230 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). 

Pada Jumaat, ringgit ditutup pada RM4.1240/4.1280 di sebalik pengumuman pertumbuhan ekonomi suku ketiga yang menguncup 2.7% berbanding penguncupan 17.1% pada suku kedua 2020. 

AmBank Research menjangkakan ringgit diniagakan pada paras sokongan antara RM4.1111 dan RM4.1178 manakala paras rintangan pada RM4.1271 dan RM4.1333. 

Berbanding mata wang lain, ringgit mengukuh 0.01% kepada RM4.874 bernbanding euro dan 0.49% kepada RM5.426 berbanding pound. 

Bagi mata wang serantau, ringgit juga menokok 0.16% kepada RM3.058 berbanding dolar Singapura. 

Menurut firma penyelidikan itu, dolar AS lemah 0.22% kepada 92.755, terendah dalam tempoh 3 hari berikutan kecenderungan pelabur yang kembali yakin terhadap keberkesanan vaksin dalam mencegah wabak COVID-19. 

Harga minyak terus mencatat kerugian pada hari kedua, Brent susut 1.72% kepada AS$42.78 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) jatuh 2.41% kepada AS$40.13 setong. 

"Kedua-duanya mencapai paras terendah dalam tempoh 4 hari disebabkan pengeluaran di Libya semakin meningkat dan kebimbangan terhadap kenaikan kes jangkitan COVID-19 akan memperlahankan pemulihan ekonomi global dan permintaan bahan api. - DagangNews.com