Skip to main content

Rizab Antarabangsa BNM meningkat kepada AS$109.7 bilion

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menokok AS$1.1 bilion kepada AS$109.7 bilion setakat 15 Februari 2021. 

 

Nilai itu meningkat daripada AS$108.6 bilion yang dicatatkan setakat 29 Januari 2021.

 

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam sebuah kenyataan hari ini. 

 

Berdasarkan jadual aset dan liabiliti yang disertakan bersama-sama kenyataan itu, antara kesemua lima komponen rizab antarabangsa, rizab mata wang asing mencatatkan angka tertinggi. 

 

Komponen itu kekal AS$99.7 bilion setakat tempoh sama. 

Ini diikuti oleh lain-lain aset rizab (AS$5.0 bilion), emas (AS$2.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion) dan hak pengeluaran khas (AS$1.2 bilion). - DagangNews.com