Rizab antarabangsa BNM susut AS$7 juta | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM susut AS$7 juta

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 5 Mac - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut AS$7 juta kepada AS$109.0 bilion setakat 26 Februari 2021. 

 

Nilai itu merosot daripada AS$109.7 bilion yang dicatatkan setakat 15 Februari lalu.

 

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam sebuah kenyataan hari ini. 

 

Berdasarkan jadual aset dan liabiliti yang disertakan bersama-sama kenyataan itu, antara kesemua lima komponen rizab antarabangsa, rizab mata wang asing kekal mencatatkan angka tertinggi. 

 

Komponen itu menokok kepada AS$100.0 bilion daripada AS$99.7 bilion setakat tempoh sama. 

 

Ini diikuti oleh lain-lain aset rizab AS$3.3 bilion yang merosot daripada AS$5.0 bilion.

 

Emas pula kekal pada AS$2.4 bilion, sementara kedudukan rizab Tabung Kewangan meningkat kepada AS$1.5 bilion daripada AS$1.4 bilion. 

 

Hak pengeluaran khas masih pada kadar sama, AS$1.2 bilion. - DagangNews.com