Rizab BNM setakat 15 Jun berjumlah AS$111 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab BNM setakat 15 Jun berjumlah AS$111 bilion

 

 

KUALA LUMPUR 22 Jun -  Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 15 Jun 2021 berjumlah AS$111.0 bilion, meningkat daripada AS$110.9 bilion pada 31 Mei.

 

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

"Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.0 bilion)," katanya.

 

Bank pusat berkata, aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM460.87 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.19 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.20 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.76 bilion).

 

Selain itu, katanya, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.24 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM147.43 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.52 bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.14 bilion). - DagangNews.com