RMKe-12 : Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara sedang dimuktamadkan | DagangNews Skip to main content

RMKe-12 : Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara sedang dimuktamadkan

KUALA LUMPUR 27 Sept - Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara juga sedang dimuktamadkan bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan ini membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.

 

Menurut beliau, kerajaan kekal komited bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat sihat dan produktif.

 

Sehubungan itu ujar beliau, kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, dan dasar kesihatan negara akan dirangka bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.

 

''Di samping itu, Institut Penyakit Berjangkit Malaysia juga akan dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022.

 

''Penubuhan institut ini bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit,'' kata beliau semasa membentangkan RMKe-12 di Parlimen, hari ini. - DagangNews.com